Populariti Park Shin Hye sememangnya tidak perlu disangkalkan, selain mempunyai rupa paras yang cantik, dia juga mempunyai bakat yang tidak perlu diragukan lagi. Maka, tidak hairanlah jika banyak pihak ingin bekerjasama dengannya.
Dipilih menjadi wajah untuk barangan kemas Swarovski, baru-baru ini, Park Shin Hye dilihat tampil anggun dan menawan dengan memperlihatkan sisi seksi dirinya yang menggayakan Koleksi Musim Bunga/Panas 2018.
Swarovski menjelaskan, “Kadang-kala Park Shin Hye seperti seorang gadis kebanyakan dan pada masa yang sama kelihatan seperti seorang wanita, dia betul-betul seperti apa yang Swarovski cari dan kecantikan serta peribadinya berpadu dengan baik untuk Swarovski.”
Wow seksinya Shin Hye….
Imejnya yang lively menyebabkan dia banyak dipilih menjadi wakil untuk jenama mewah seperti Chanel, Coach, Mamonde dan pelbagai lagi.