Ramai wanita kurang alert dengan perubahan dengan diri lebih lagi tentang isu hamil. Dari pengalaman penulis, ada kenalan penulis usia kandungan sudah masuk enam bulan tak perasan dirinya mengandung. Ini semua gara-gara terlalu sibuk dengan urusan kerja dan seharian.
Bukan apa kasihan pada bayi dalam kandungan tidak dapat dijaga rapi. Lagi elok para ibu bersedia lebih awal. Mari kita check, selain morning sickness dan haid datang lambat. Apa lagi tanda-tanda yang anda rupanya berbadan dua.
#1 Kerap pening kepala
Sakit pening sudah menjadi perkara biasa sebab itu ramai wanita yang tidak sedar akan perubahan yang berlaku. Ibu hamil mudah pening kepala akibat dari rendah tekanan darah dan gula dalam darah. Pastikan anda sentiasa mengambil jadual makan yang secukupnya dan kekal hidrasi.
#2 Tompokan darah
Period dah lama juga tak datang tapi apa pula tompokan darah ini? Namun jangan panik bila nampak darah kerana ia normal sebenarnya. Pendarahan berlaku sedikit kerana implantasi, dimana telur yang disenyawakan melekat pada dinding rahim. Kalau anda juga rasa kejang seolah seperti datang haid, ia berkemungkinan rahim anda membesar untuk bayi.
#3 Pernafasan pendek
Baru berjalan jauh sikit anda dah terasa semput? Ibu mengandung mudah penat dan pendek pernafasan. Ini dari kesan pembesaran fetus dalam rahim dan ia memerlukan oksigen yang lebih.
#4 Kerap kencing
Tiba-tiba anda kerap pula ke tandas, sehingga waktu tidur malam pun terganggu. Semasa mengandung, badan lebih mengeluarkan banyak cecair dimana pundi kencing lebih bekerja.
#5 Sensitif
Bukan sahaja sensitif dari segi emosi, malah bau dan rasa. Serba tak kena pula anda rasa. Ini semua terjadi kerana tubuh anda ingin menyesuaikan dengan hormon baru.
Kalau masih ragu-ragu, ambil masa ke klinik untuk lakukan check up penuh dengan doktor. Jangan lupa ajak suami sekali.