Pernah tak anda terfikir mahu lakukan sesuatu yang ganjil atau lain daripada yang lain ketika hari bahagia? Sesuatu yang boleh membawa kepada memori terindah, bukan sahaja anda dan pasangan malah tetamu jemputan?
Nak tahu tak, masyarakat di China telah menjadikan perkahwinan mereka ke peringkat seterusnya dengan trend baru yang cukup hebat dan mencuit hati, ia melibatkan veil. Anda tahu video viral tersebut? Ya, veil terbang jauh ke pengantin, ibaratnya seperti jatuh dari langit.
Veil tersebut dipegang oleh kedua lelaki dan dicampak ke arah pengantin, menariknya ia betul-betul landing di atas kepala pengantin perempuan, elok terletak. Memang extra habis!
https://www.youtube.com/watch?time_continue=3&v=tYiBuM_CvB0
Menjadi viral selepas dikongsi di portal berita Shanghaiist, video itu sahaja telah mendapat tontonan lebih 9.9 juta dengan lebih 35 ribu komen di laman Facebook rasmi sahaja.
Hurmmm China selalu extra dalam apa jua hal….