Saiz punggung besar yang montok dan berisi merupakan idaman setiap wanita, yang sejenis seperti Kylie Jenner – pinggang ramping tetapi punggungnya cukup cantik terletak. Senang kata, badan yang ada curve.
Miliki tubuh badan mengiurkan dengan punggung montok terletak, Shim Euddeum, seorang trainer cantik merupakan jurulatih kecergasan paling popular di Korea.
https://www.instagram.com/p/Bci_5-lhtxY/?utm_source=ig_embed
Sering memuat naik fotonya berada di gimnasium di akaun Instagram, rata-rata pengikutnya mahu mengetahui rutin harian yang dilakukan gadis comel itu. Iyelah dengan pinggang ramping dan punggung sebegitu, siapa yang tak cemburu.
https://www.instagram.com/p/Bc04NsfHYJ0/?utm_source=ig_embed
Siapa sangka untuk memiliki semua itu, ternyata rutin Shim sangat memenatkan.
“Untuk maintain bentuk badan sempurna sebegini, saya melakukan 1000 squats setiap hari,” jelasnya.
Shim Euddeum berjalan di treadmill, melakukan squats dan kekal melakukan rejim kecergasan setiap hari.
https://www.instagram.com/p/BbbddwxBHVO/?utm_source=ig_embed
Langsung tidak lokek, Shim berkongsi tips dan nasihat tentang bagaimana untuk mencapai badan sepertinya di Instagram. Disebabkan itu, orang ramai memuji sikap dedikasinya dalam menjaga kesihatan untuk mendapatkan apa yang diingini. Selain menjadi trainer, Shim Euddeum juga aktif sebagai model.
No wonder cantik dan sihat!