Sudah terkenal dengan sikap ramah dan mesra, Presiden Indonesia iaitu Pak Jokowi telah melakukan satu aktiviti yang rare dimana beliau memilih untuk mengeliling kawasan-kawasan desa di Indonesia dengan konvoi motor berkuasa tinggi.
Sekali tengok, Presiden Jokowi tak saling tumpah seperti penyanyi rock negara Awie yang lengkap dengan jaket denim, helmet dan sneakers!
Beliau sendiri yang memilih untuk meninjau kawasan sekeliling di Sukabumi serta mengajak kelab-kelab motor turut sama dalam aktiviti tersebut.
Pendekatan yang dibawa oleh Jokowi sebagai langkah untuk mengembangkan pelancongan Indonesia, lebih lagi dalam mempamerkan keindahahan desa yang belum diteroka.
Penulis rasa kagum dengan cara Presiden Indonesia ini, tak perlu berpayung atau atucara bermewah-mewah. Sanggup turun padang bawa motor sendiri, kena panas terik untuk berjumpa dengan rakyat.
Tak silap, kerabat Diraja Johor juga melakukan aktiviti yang sama iaitu Konvoi Kembara Mahkota Johor yang diadakan setiap tahun.