Januari lalu, Wanna One baru sahaja datang ke Malaysia untuk sesi temu ramah bersama peminat di Stadium Negara.
Buat mereka yang ketinggalan jangan risau sebab pihak penganjur YJ Partners telah mengumumkan Malaysia sekali lagi menjadi destinasi Wanna One untuk bertemu peminat dengan konsert Wanna One World Tour, One: The World pada 21 Julai 2018!
Wanna One merupakan band K-Pop pertama mencatatkan jualan album melebihi jutaan unit sejak album debut mereka dilancarkan.
Muncul dengan album kedua iaitu 0+1=1 (I Promise You) yang bakal dilancarkan pada 19 Mei 2018, mereka telah merancang untuk memberi satu konsert jelajah dunia yakni Amerika Syarikat, Singapura, Bangkok, Jakarta Hong Kong, Melbourne termasuklah di Malaysia.
Bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil dan sebarang informasi pembelian tiket akan diumumkan melalui laman Facebook YJ Partners (https://www.facebook.com/YJPartnersOfficial).
Jadi fans Wanna One di Malaysia, ini peluang anda yang kedua untuk bertemu 11 jejaka idaman ini.