Siapa sangka pasangan ini mampu bersama setelah melalui pelbagai episod hitam dalam rumahtangga.
Bersama hampir 20 tahun, David, salah seorang pemain bola sepak paling terkenal dalam sejarah bola sepak, bangkit menjadi bintang di Manchester United, sebelum berpindah ke Real Madrid. Laluan kerjaya membawanya ke kelab LA Galaxy dan dipinjamkan ke AC Milan. Menamatkan kerjayanya di Perancis dengan Paris Saint-Germain.
Sementara itu, Victoria kini menjadi pereka fesyen untuk labelnya sendiri. Sebelum itu, dia merupakan bintang pop dunia sekitar tahun 90-an untuk kumpulan Spice Girls.
Pasangan ini mempunyai empat orang anak. Tiga anak lelaki mereka dinamakan Brooklyn, Romeo dan Cruz, manakala anak perempuan mereka dinamakan Harper Seven.
Rasanya satu planet mengenali power couple ini dan ternyata apa rahsia kebahagiaan mereka?
#1 Skandal Hitam Penguat Rumah Tangga
Sekitar tahun 2004, seorang wanita bernama Rebecca Loos mendakwa mempunyai hubungan sulit selama empat bulan dengan David Beckham. Menurut ceritanya, Rebecca berjumpa dengan David semasa berada dalam kelab Real Madrid, bekerja sebagai pembantu peribadi. Rebecca kehilangan pekerjaannya selepas gambarnya bersama Beckham tersebar dan pada mulanya menafikan hubungan sulit tersebut.
Selepas itu, muncul seorang lagi wanita – Sarah Marbeck. Membuat tuntutan hubungan dua tahun dengan bekas ketua pasukan England itu, juga menyatakan bahawa dia tidur bersama di sebuah hotel yang digunakan oleh pasukan England.
Walaupun pahit tetapi skandal ini menguatkan lagi perkahwinan Victoria dan David.
#2 Sentiasa Ingat Akan Saat Pertemuan Kali Pertama
Boleh dianggap pertemuan mereka ibarat cinta pandang pertama, lebih-lebih lagi untuk David Beckham. Kedua mereka bertemu ketika perlawanan bola sepak amal.
“Saya tidak tahu siapa dia, saya langsung tidak pernah mengikuti sukan bola sepak,” jelas Victoria.
Ketika itu, David tidak begitu popular dan seorang yang sangat pemalu tetapi akhirnya berjaya mendapatkan nombor telefon Victoria.
Sebenarnya, David mendakwa melihat video Spice Girls pada tahun 1996, sebelum mereka bertemu secara peribadi, dan berkata kepada rakan sepasukannya, Gary Neville, “Itulah gadis yang akan saya kahwin.”
Pasangan itu mula dating dan mengumumkan pertunangan mereka pada tahun 1998.
#3 Penyokong Nombor Satu
Ya, mereka adalah penyokong antara satu sama lain.
Walaupun dikritik hebat ketika awal kemunculan jenamanya sendiri, Victoria Beckham terus bekerja keras untuk menjadikan labelnya salah satu jenama yang paling dihormati dan seiring dengan jenama dunia yang lain. Tahun 2011, menyaksikan wanita ini dianugerahkan jenama terbaik dan dengar khabar dia adalah money maker dalam perkahwinan mereka.
Sehingga ke hari ini, setiap kali pertunjukan fesyen Victoria, entourage Beckham dilihat sentiasa memenuhi tempat duduk hadapan.
#4 Empat Orang Anugerah Terindah
Brooklyn, Romeo, Cruz dan Harper merupakan anugerah terindah power couple ini.
Tidak seperti anak orang kaya lain, nampaknya David dan Victoria menggunakan pendekatan lain untuk mendidik anak-anaknya. Ini dilihat melalui anak sulung mereka, Brooklyn, yang perlu bekerja untuk mempunyai wang poket sendiri.
Difahamkan, pasangan Beckham mahu anak mereka belajar kesusahan untuk mencari wang sendiri dan mahu anak-anaknya mengenal erti kerja keras. David Beckham menjelaskan mereka cuba memberikan contoh terbaik kepada anak-anak.
#5 Terpaksa Berdepan Dengan Kondisi Kesihatan
Sememangnya hidup dengan pasangan yang mempunyai sejarah kesihatan yang kronik sangat mencabar. Bukan itu diri si mangsa itu sendiri malah dengan pasangan turut terkena tempias.
Walapun melalui pelbagai ranjau dan cabaran, pasangan Beckham dilihat menyokong satu sama lain. David mempunyai obsesif kompulsif atau obsessive-compulsive disorder (OCD), yang menjadikannya sangat mementingkan aspek kebersihan, seseorang yang terlalu patuh pada peraturan, cerewet, sukar bertolak ansur dan tidak mudah mengalah. Manakala, Victoria telah berjuang dengan polycystic ovary disease dan gangguan pemakanan.
Kedua-duanya telah bekerjasama untuk mengatasi isu ini untuk menjadi lebih kuat.
Tak sangka dalam bahagianya, ada sedikit pahit hitam terpaksa mereka tempuh. Apapun, semoga hubungan berkekalan sehingga ke anak cucu…