Penulis cukup suka lihat individu yang miliki kulit wajah bersih dan flawless, tidak kira lelaki atau perempuan.
Tetapi individu yang mempunyai masalah kulit kombinasi – berminyak dan kering dalam masa yang sama memang mengharukan. Anda tidak boleh menggunakan produk sesuka hati, silap hari bulan keluar pula jerawat seketul dua ketul di muka.
Kulit kombinasi biasanya merupakan gabungan kulit kering atau normal dengan beberapa bahagian wajah berminyak, seringkali terjadi di kawasan dagu, hidung dan dahi – T Zone.
Bagaimana mahu mengesan anda bermasalah kulit kombinasi?
1. Cuci muka dengan pembersih yang lembut dan tak mengeringkan kulit. Kemudian keringkan dengan tuala kering yang berada dalam keadaan baik.
2. Tunggu selama sejam. Pada ketika ini, kulit kita akan berada dalam keadaan asal mengikut jenis kulit masing-masing.
3. Apa yang anda perlu buat ialah dab muka dengan blotting paper, terutama di bahagian T-Zone – dahi, dagu, hidung.
- Jika kertas melekat dan menyerap minyak lalu menjadi lutsinar, anda mempunyai kulit berminyak. Biasanya kulit jenis ini berkilat dan mempunyai pori yang besar.
- Jika ia langsung tidak melekat atau menyerap sebarang minyak, kemungkinan besar anda miliki kulit kering. Kulit sebegini mudah menggelupas dan pori lebih kecil.
- Jika hanya melekat pada bahagian T-Zone (dahi, dagu, hidung), kulit anda jenis kombinasi. Biasanya hanya T-Zone sahaja yang berminyak manakala yang lain lebih normal.
Mahu guna produk apa untuk yang kombinasi?
Klairs
Klairs adalah jenama yang disasarkan kepada mereka yang mahukan produk penjagaan kulit tanpa bahan kimia yang keras. Klairs memberi tumpuan kepada menyediakan bahan yang mesra alam dan semulajadi. Menawarkan kosmetik Korea yang tidak mengandungi alkohol, paraben, bahan kimia atau warna tiruan dan aroma yang keras, menjadikan jenama ini sesuai untuk semua jenis kulit, walaupun mereka yang mempunyai jenis kulit yang sensitif dan jerawat.
Penulis sendiri miliki jenis kulit sensitif dan kadang kala kombinasi, tetapi ternyata Klairs Gentle Black Sugar Facial Polish tidak merengsakan kulit malah selepas penggunaan ternyata kulit wajah terasa selesa, lembap dan bersinar sentiasa. Paling penting terasa yakin bila langsung tidak mengenakan solekan ketika keluar bekerja.
Nak beli? Milikinya sini.
Dr. Jart+
Bila kulit kering dan minyak dalam masa yang sama, pasti kita impikan kulit bak bayi – gebu dan lembut. Penulis syorkan penggunaan rangkaian dari Dr. Jart+ Dermaclear Micro Milk Peel. Ia mengandungi asid laktik yang dijumpai dalam susu, tekstur lembut yang akan membuang sel kulit mati sambil memberi kesegaran dan menenangkan dalam masa yang sama. Bukan itu sahaja, ia akan memecahkan sebum dan sel-sel kulit mati yang terperangkap di dalam liang-liang anda, meninggalkan anda dengan kulit seimbang yang bersinar dari dalam.
Rangkaian produk Dr. Jart+ boleh dimiliki di Sephora.
Aesop
Direka untuk kulit kombinasi, Aesop tampil rangkaian In Two Minds yang digubal untuk membersih, menormalkan pengeluaran sebum, menenangkan kerengsaan serta memberikan penghidratan serta kelembapan. Mengandungi bahan-bahan seperti salicylic acid dan witch hazel, penggunaan cleanser, toner dan moisturizer benar-benar menjanjikan keadaan kulit bertambah baik dan seimbang, serta paling penting teksturnya sangat mild langsung tidak merosakkan kulit.
Kesemua rangkaian Aesop boleh didapati di semua outlet seluruh negara.
Tetapi nasihat penulis cuba dahulu dan jika tidak sesuai di wajah, sila hentikan penggunaan. Kita sedia maklum, setiap orang mempunyai reaksi yang berbeza, mungkin sesuai pada penulis tetapi tidak pada anda. Lagi satu, jangan sesekali mudah terpengaruh dengan iklan ‘muka putih bersih selepas 3 hari penggunaan’ yang banyak kita lihat di media sosial. Mengikut pemahaman penulis, produk tersebut banyak menggunakan produk terlarang yang hanya akan merosakkan kulit kelak.
Selamat Mencuba!