Semakin lama semakin pelik dengan gaya fesyen semasa. Lebih-lebih lagi dengan fesyen yang dibawa oleh selebriti barat. Jika dahulu Rita Ora tampil unik dengan berfesyen jubah mandi di karpet merah MTV EMA 2017, kini giliran aktres Olivia Culpo pula keluar berbikini ke majlis pertunjukan fesyen.
Nama pun berfesyen, Olivia yang berusia 25 tahun ini memilih bikini dan kain jarang (sangat) berwarna hitam. Boleh jadi keliru bila tengok penampilan si cantik manis ini hendak ke majlis bawah bumbung atau dipersisiran pantai.
Berseluar dalam jenis thong menonjolkan lagi bahagian punggung Olivia. Siap buat video di akaun Instagramnya..
Rupanya Olivia hadir ke pertunjukan fesyen bagi jenama bikini Itali iaitu Calzedonia. Memang patutlah dia berpakaian sebegitu.
Cumanya penulis terfikir bagaimana agaknya untuk Olivia kekal selesa dalam pakaian ini? Haruslah kena ada keyakinan.
Nasib baik body dia cantik!