Siapa yang tidak kenal dengan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ini? Sifat pemurah beliau sememangnya tidak dapat disangkal lagi.
Baginda petang semalam yang ditemani isterinya, Che Puan Khaleeda Bustamam membuat kejutan buat para pengunjung di pasar raya Aeon Tebrau awal petang semalam apabila tampil membuat pengumuman gempar tersebut dengan alat pembesar suara ketika hadir meninjau suasana masyarakat.
Prihatin membelanja setiap pengunjung pasar raya tersebut untuk membeli keperluan harian mereka, khabarnya kos perbelanjaan yang dihulurkan baginda adalah mencecah RM1 juta! Hal ini kemudian menyebabkan ribuan pelanggan yang kebetulan berada di sekitar kawasan gedung perniagaan tersebut tidak melepaskan peluang terus serbu masuk untuk membeli pelbagai barangan dapur dan keperluan asas keluarga.
Tidak ketinggalan, foto-foto memperlihatkan suasana meriah di pasar raya itu turut dimuat naik oleh pentadbir akaun Johor Southern Tigers menerusi laman Facebook rasmi baginda malam semalam.
Dalam post yang sama di laman Facebook Johor Southern Tigers, dalam sebuah kenyataan, Tunku Ismail ada memaklumkan yang belaiu sangat menyayangi rakyat Johor dan segala yang dilakukan adalah kerana kasih sayang itu.
“SAYA BUKAN AHLI POLITIK, SAYA TIDAK MEMERLUKAN UNDI. TETAPI SAYA IKHLAS MENYAYANGI RAKYAT SAYA. SENTIASA BERSAMA ANDA BANGSA JOHOR.”