Pemilik motorsikal yang dikeluarkan pada sebelum tahun 1 Julai 2003 boleh ucapkan selamat tinggal pada motorsikal mereka.
Kerajaan Singapura bakal mengharamkan sebarang motorsikal lama atau vintaj diatas jalan raya atas faktor demi menjaga kebersihan dan kualiti udara. Menurut dari Agensi Alam Sekitar Kebangsaan, motorsikal dari model lama lebih banyak memberi pencemaran kerana ia mengeluarkan 10 kali karbon monoksida dan 30 kali hidrokarbon dari model motorsikal baharu.
Namun tarikh rasmi untuk larangan tersebut akan bermula pada 30 Jun 2028. Biarpun begitu, sebilangan dari peminat motorsikal vintaj menzahirkan rasa kecewa. Terutamanya pada mereka yang telah berhabis berpuluh dolar membaiki dan menjaga motorsikal ini sebagai koleksi.
Malah ada juga yang mencanang kerajaan Singapura tidak mempedulikan warisan motorsikal vintaj.
Bagi ‘memujuk’ keluhan peminat motorsikal vintaj, kerajaan telah menawarkan isentif sebanyak S$3,500 iaitu bersamaan RM10,400 sebagai penukaran.
Kasihan pula pada peminat motorsikal vintaj, penulis ingat boleh simpan sekali kena tukar dengan wang pula.