Setiap tahun acap kali ada perayaan mahupun sebarang sambutan, SK-II bakal tampil dengan koleksi botol edisi terhad buat para wanita yang bukan sekadar menghargai kebaikan esen beras pitera yang terkandung dalam SK-II Face Treatment Essence (FTE) berkenaan bahkan, ramai yang mempunyai hobi untuk mengumpul dan menyimpan setiap botol edisi terhad yang dikeluarkan jenama produk penjagaan wajah dari Jepun itu turut girang teruja.
SK-II Little Red Symbol
Tahun ini bersempena dengan musim bunga, SK-II tampil dengan rekaan botl FTE yang lebih memukau bertemakan “Little Red Symbol” melambangkan kekuatan dan keberanian untuk seseorang mencapai impiannya tanpa gentar.
Untuk itu, jom Wanista senaraikan beberapa lagi rekaan botol eksklusif edisi terhad untuk Facial Treatment Eseence yang pernah dikeluarkan SK-II sebelum ini.
#1 SK-II Sakura (2017)
Rekaan botol yang taburi cerakan bunga sakura ini adalah dikeluarkan istimewa bersempena muism bunga dan sambutan Hari Ibu pada tahun lalu.
#2 SK-II Change Destiny (2017)
Koleksi rekaan botol facial Treatment Essence oleh SK-II untuk sambutan Krismas 2017. Terrdapat dalam tiga pilihan botol yang disertai kata-kata semangat bermakna termasuklah “Be the Person You DECIDE To Be”, “CHANGE is in All of Us” dan “DESTINY is a Matter of Choice” untuk memperkasa wanita.
#3 SK-II x Rochas (2011)
SK-II pernah bekerjasama dengan jenama fesyen terkemuka dari Paris, Rochas, bagi menghasilkan botol edisi terhad yang dihiasi corak floral menjalar serta penutup berwarna emas mewah ini sekitar 2011.
#4 SK-II Swarovski Elements (2013)
Bersempena Krismas 2013 dan sambutan Tahun Baru 2014, SK-II bekerjasama dengan Swarovski untuk menghasilkan rekaan botol yang dihiasi cetakan bentuk kristal berlian malah, setiap pembelian Facial Treatment Essence ini juga disertai hadiah berupa seutas kalung bertatah permata swarovski merah yang sesuai dijadikan bingkisan.
#5 SK-II Pink Rose (2015)
Botol eksklusif yang dihiasi sekuntum mawar merah jambu ini istimewa dikeluarkan untuk edisi Hari Ibu 2015.
#6 SK-II Multi-Colored Phoenix (2017)
Khas untuk edisi tahun Baru Cina 2017, botol Facial Treatment Essence ini meriah dihiasi ukiran burung Pheonix atau dikenali sebagai Cenderawasih yang berwarna-warni!
#7 SK-II Wings of Change (2015)
Koleksi edisi terhad yang dihiasi kupu-kupu dan burung Kolibri (Hummingbird) ini adalah istimewa untuk sambutan Krismas 2015.
#8 SK-II Po-Chih Huang (2014)
SK-II tampil dengan empat rekaan botol menawan termasuk Facial Treatment Essence for MEN bersempena sambutan Krismas 2014. Lebih menarik, SK-II telah berkolasborasi bersama Pereka Digital terkemuka dari Taiwan iaitu Po-Chih Huang untuk hasilkan kesemua lukisan artistik yang menghiasi botol-botol berkenaan.
#9 SK-II Suminagashi-Inspired (2016)
Unik kerana dihiasi ukiran berupa marmar yang diinspirasikan daripada teknik dakwat Jepun dipanggil Suminagashi.
#10 SK-II Paint Your Dream (2018)
Antara rekaan botol edisi terhad Facial Treatment Essence yang baharu, ia dikeluarkan semasa sambutan Tahun Baru Cina 2018 yang lepas.
Agaknya, corak menarik apa pulalah yang bakal menghiasi botol edisi terhad SK-II Facila Treatment Essence lepas ni ya? ❤