Nampaknya, persaingan di pentas gimnastik berirama temasya Sukan Komanwel musim ini sengit melihatkan ramai wakil yang hebat-hebat belaka.
Berlangsung di Coomera indoor Sports Centre malam semalam waktu Malaysia, rata-rata atlet memberikan persembahan yang mengujakan!
Lebih lucu apabila ada golongan netizen yang mengemukakan kenyataan yang mencuit hati kala melihat foto-foto ahli gimnas seolah hilang kepala sewaktu melakukan rutin gimnastik mereka dihadapan juri untuk diadili.
Antara yang mencuri tumpuan adalah atlet Hannah Martin, 15, yang hebat mengemudi persembahan menggunakan gelung, Viktoria Skittidi, Katherine Uchida dan Eleni Ellina tampil memukau untuk bakat mereka menggunakan bola.
Manakala, Laura Halford pula dikagumi ramai kerana kepakarannya melakukan teknik akrobatik.
Detik kemenangan untuk acara gimnastik berirama itu dicapai oleh Diamanto Evripidou yang mewakili Cyprus menang tempat pertama manakala Malaysia dan Australia masing-masing di tempat yang kedua dan ketiga.
SUMBER