Senarai tetamu jemputan ke perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle telah keluar dan nampaknya ramai tokoh politik tidak dijemput.
Perdana Menteri Theresa May, Presiden Donald Trump dan Barack Obama antara yang tidak dijemput. Dilaporkan, tidak ada seorang pun pemimpin politik dalam senarai tetamu untuk majlis mereka yang bakal berlangsung 19 Mei depan.
Jurucakap Kensinton Palace berkata; “Telah diputuskan bahawa pemimpin politik United Kingdom dan antarabangsa tidak diperlukan untuk perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle.
Bahkan, senarai tetamu akan dihadkan kepada mereka yang mempunyai hubungan langsung dengan pasangan itu sahaja, dan St George’s Chapel sendiri mempunyai keluasan yang kecil, tidak dapat memuatkan ramai orang.
Okay la tiada sebarang unsur politik, hanya keluarga dan kawan terdekat sahaja.