Orang perempuan kalau calit gincu pun dah elok sebenarnya, biar nampak muka jadi fresh sentiasa.
Bila datang bab untuk memilih gincu rasanya dah berton, berjuta-juta produk gincu ada di pasaran. Makin banyak pilihan, makin jadi cerewet bila hendak membeli. Pastinya kita mahu yang terbaik untuk bibir, iyalah bibir nak pakai lama!
Wanista rasa terbuka hati untuk berkongsi dengan anda semua tentang produk bibir terbaru dari jenama Mamonde. Jenama yang sentiasa mengilhamkan rangkaian produk dari kebaikan bunga-bungaan. Dari Mamonde’s Creamy Lip Tint Colour Balm Intense kini ada pula MLBB ‘My Lips But Better’. Mari kita lihat apa yang best tentang gincu jenis balm ini…
# Warna yang sesuai untuk semua
Pilihan warna dari floral merah jambu yang sangat sesuai dengan semua jenis warna kulit. Anda boleh pilih dari kod No.21 Red Soul, No.22 Dandy Coral, No.23 Brick Rose, No.24 Nectar Coral dan No.25 Rosy Silk. Warna-warna sebegini mampu menyerlahkan pesona warna bibir sebenar anda. Jadi siapa yang nak kelihatan natural walaupun sedang bergincu, boleh cuba yang ini kot.
# Tak rosakkan bibir
Gincu yang juga lip balm dan liptint ini punya kebaikan dalam menghidrasi bibir kering walaupun dalam teksur matte. Memang seronoklah kalau pakai warna gincu tahan lama dan tiada kesan rekahan bibir.
# Murah!
Hanya RM45 sahaja untuk sebatang, anda boleh dapat gincu, lip balm dan liptint dalam satu.
Okay penulis rasa nak beli satu..khas sebagai gincu kecemasan letak dalam beg tangan. Kya!