Bukan rahsia lagi bahawa Krystal Jung adalah wanita yang sibuk. Bukan sahaja aktif sebagai ahli kumpulan f(x), tetapi dia juga salah seorang aktres yang meningkat naik di Korea Selatan dan juga China.
Itulah sebabnya Wanista kagum betapa sempurna kulitnya walaupun memenuhi pelbagai jemputan yang memerlukannya memakai mekap sepanjang hari tanpa henti, ditambah lagi dengan tidur yang tidak cukup.
Agaknya bagaimana adik kepada Jessica Jung ini mahu mengekalkan kesihatan kulit wajah?
#1 Buang mekap sebelum tidur.
Krystal menjelaskan ini adalah bahagian penting dalam rutin hariannya dan sangat penting untuk mengekalkan kesempurnaan kulit wajah.
#2 Sentiasa guna pelembap
“Untuk kulit selembut bayi, gunakan pelembap sebelum tidur pada waktu malam. Apabila anda bangun esok hari, anda akan mendapati wajah akan glowing, memudahkan untuk memakai mekap,” jelas si cantik ini pada CLEO.
#3 Facial mist adalah kegemarannya
Dia memberitahu setiap kali kulit kelihatan agak kering, gunakan facial mist untuk menambah kelembapan di wajah, bahkan terasa segar sepanjang hari.
#4 Gunakan topeng muka secara teratur
Terutama jika anda sentiasa berada dalam penghawa dingin. Seperti yang kita tahu, pengudaraan dapat mengeringkan kulit kita dengan cepat dan itulah sebabnya penting untuk melembapkan wajah. Walaupun jika anda mengalami kulit sensitif, penting untuk anda mengetahui jenis topeng muka dan kekerapan penggunaannya.
Bacaan lanjut :Enam Perkara Perlu Tahu Sebelum Guna Sheet Mask
#5 Hidrat!
Melakukan rutin kecantikan sahaja tidak mencukupi, anda harus laraskan dengan meminum air yang secukupnya setiap hari. Barulah cantik luar dan dalam!
Korang pun jangan malas jaga muka okay…