Seronok bila tengok rakan-rakan yang berduit terbang kesana-sini, lebih lagi yang pergi ke destinasi impian anda pula.
Sebenar kalau anda nak tahu di negara jiran, Indonesia mempunyai banyak tempat menarik terutamanya bahagian alam semulajadi. Kalau anda rasa tidak ada bajet, boleh cuba melawati negara Indonesia yang punya sama destinasi negara yang lain.
Saling tidak tumpah!
#1 Antelope Canyon, Amerika Syarikat vs Bangkalan, Wisata Bukit Pelalangan
Formasi batuan dan gua di Bangkalan memang seakan dari Antelope Canyon. Tak perlu terbang jauh sehingg 12 jam nak ke Amerika Syarikat.
#2 Mont-Veroux, Perancis vs Oro Oro Ombo, Gunung Semeru
Jarang nak dapat pergi lihat padang yang dipenuhi bunga warna ungu! Walaupun dalam dua benua yang berbeza dan bunga yang lain tapi hasil gamabr Instagram anda tetap sama.
#3 Pamukkale, Turki vs Danau Kaolin, Pulau Belitung
Cantiknya warna biru dan batuan putih pada dua tempat ini. Kayanya Indonesia dengan alam semulajadi.
#4 Cherrapunji, India vs Jembatan Akar, Bayang Utara
Jauhnya nak pergi India nak cari jambatan dari rantaian belukar. Memang sangat unik, jambatan semulajadi hasil dari akar kayu.
#5 Tasik Inferno, New Zealand vs Kawah Putih, Bandung
Selain tempat shopping yang banyak di Bandung, Kawah Putih adalah salah satu destinasi wajib pergi. Mana lagi cantik? Di Indonesia atau New Zealand? Eh, samalah!
Okay dah boleh terbang ke Indonesia sahaja!