Tak pelik kalau ada ibu mengandung yang masih dapat mengekalkan bentuk badan tapi kandungan juga sihat.
Sebelum ini Wanista pernah keluarkan artikel ‘Cara Nak Kekal Langsing Walaupun Sedang Mengandung’. Di dalam artikel tersebut telah ditulis untuk tampil langsing dan cergas ketika hamil ialah dengan bersenam.
Ibu mengandung sekurang-kurangnya harus meluangkan masa 150 minit seminggu untuk bersenam.
Jadi bakal-bakal mommy yang tidak mahu gemuk memboyot ketika mengandung. Cubalah lakukan beberapa senaman yang Wanista syorkan ini. Dijamin selamat dan lagi selamat kalau anda ambil nasihat doktor terlebih dahulu ya!
#1 Yoga
Pergerakan dalam senaman yoga sangat baik untuk release segala tekanan pada sendi terutamanya. Kajian juga mendapati yoga beri manfaat bukan sahaja si ibu malah bayi dalam kandungan. Jika anda mengamalkan yoga semasa mengandung ia dapat memperbaiki masalah tidur, menambah kekuatan, kelenturan dan ketahanan otot semasa bersalin.
#2 Berenang
Untung mereka yang pandai berenang dah boleh dikira sebagai bersenam. Ia sangat bagus untuk jantung dan menjadikan ia lebih efesien mengepam darah. Malah peredaran darah lebih lancar dan meningkatkan kadar oksigen dalam darah.
#3 Gerakan Kardio Mudah
Jangan nak mengada untuk berlari atas treadmill, ia boleh beri anda risiko sakit lutut dan tergelecet. Guna sahaja alatan di gim seperti ellipticals atau cukup hanya dengan berjalan kaki. Biar kasi badan berpeluh sikit!
#4 Angkat Berat
Senaman seperti ini sesuai apabila kandungan sudah mencecah matang. Ia khususnya untuk melawan sakit belakang dan menguatkan bahagian abdomen. Malah angkat berat juga untuk menambah stamina si ibu mengandung. Jangan lakukan sendiri, biar ada pengawasan dari suami atau rakan-rakan.
Bukan tak kasi gemuk ketika mengandung, naik berat untuk stamina kandungan itu bagus, yang jadi tak bagus bila gemuk ketika mengandung penyebab kolesterol dan kencing manis. Kan dah bahaya tu!