Kalau ikut natural biasa orang akan pilih warna seperti merah jambu atau merah tapi kalau nak ikut trend sekarang warna gelap pula dipuja-puja.
Aissh, macam tak kena tempat nak bergaya dengan warna bibir gelap ya?
Jangan risau, Wanista tahu cara untuk anda tampil cantik dan tidak janggal dengan warna bibir gelap. Teruskan membaca!
#1 Pilih warna yang sesuai
Cara untuk terlihat cantik dengan gincu warna sebegini ialah dari pemilihan warna. Wanista cadangkan untuk gincu dengan tona kebiruan sesuai untuk mereka berkulit gelap. Manakalah mereka yang berkulit cerah pilih warna-warna gelap dari merah hitam atau ungu beri. Tak tahu nak pilih yang mana? Gincu dengan undertone oren sesuai untuk semua jenis warna kulit.
#2 Tidak mekap ‘berat’
Seimbangkan gaya mekap anda dengan warna bibir kecuali anda mahu gaya gothic! Tapi kalau untuk everyday look cukup dengan mengoles warna gincu gelap, sedikit highlighter pada tulang pipi, contouring, eyeliner, maskara dan tambahkan pancaran kilauan dihujung dalam mata. Mekap ringkas bersama warna bibir gelap juga mampu tonjolkan wajah yang segar.
#3 Kemaskan
Warna gelap kadangkala boleh buat nampak serabut dan comot. Langkah pertama untuk memakai gincu ini pastikan bibir anda bersih. Oles warna gincu menggunakan berus untuk lebih tepat mengikut bentuk bibir. Anda juga boleh kemaskan warna gincu yang terlebih dengan menggunakan concealer.
Selamat mencuba!