Ibu jenis apalah yang sanggup berbuat demikian pada anak.
Kasmeer Lata kini digelar sebagai ‘ wanita paling hina di New Zealand’ atas sabit kesalahan menjual anaknya sebagai hamba seks dan juga badannya lebih dari 1000 kali dalam masa dua tahun.
Wanita berusia 36 tahun ini dijatuhkan hukuman enam tahun dan 11 bulan penjara dan pasangannya pula Avneesh Seghal turut mengaku bersalah kerana bersubahat dalam menjalankan kegiatan terkutuk ini.
Bayangkan si mangsa diperlaku sebanyak lima kali sehari dan mampu memberi pulangan hasil $100,000!
Akibat tidak tahan dan serik, mangsa membuat cubaan melarikan diri pada November 2016 dan berjaya melaporkan kejadian pada pihak polis.
Kes ini merupakan kes yang paling kejam dan memeranjatkan di New Zealand, dimana memperlihatkan aktiviti perdagangan manusia tidak kira orang asing ataupun darah daging sendiri.