Bulan Ramadan setiap tahun akan tiba dan setiap kali itulah tekak ingin terasa menjamu selera bufet di hotel-hotel.
Adakalanya ada sudah menjadi suatu kemestian kumpulan syarikat, keluarga mahupun kawan-kawan untuk berkumpul semasa berbuka puasa. Buat anda yang sedang merisik pakej-pakej buka puasa di hotel-hotel sekitar ibu negara. Wanista ada pilihan dari hotel terkemuka Kuala Lumpur…
#1 Hotel Hilton Kuala Lumpur
Menawarkan pelbagai hidangan tradisi Melayu dari 11 negeri tanah semenanjung. Lauk pauk popular seperti Ikan Patin Sungai Tempoyak dari Pahang, Gulai Salai Lemak Cili Api dari Negeri Sembilan dan pelbagai lagi.
Malah anda juga dapat merasa masakan barat yang diolah dengan selera Malaysia iaitu Pizza Serunding.
Bufet: Kenduri Kendara at Vasco
Harga Pakej:
17 Mei – 21 Mei 2018, bermula RM100 (tempahan secara online harus dilakukan melalui TABLEAPP.com)
17 Mei – 17 Jun 2018, bermula RM188 (dewasa) dan RM100 (kanak-kanak 6-11 tahun)
13 Jun – 17 Jun 2018, bermula RM100 (tempahan secara online harus dilakukan melalui TABLEAPP.com)
Untuk tempahan bufet Ramadhan di Hotel Hilton KL, hubungi +03 2264 2264 atau layari life.hiltonkl.com.
#2 JW Marriot Kuala Lumpur
Menawarkan hidangan Melayu dari kerabu, pencuci mulut dan kuah sup yang mengenakan. Gerai-gerai pilihan antara keistimewaan di JW Marriot. Anda boleh menikmati Gerai Rojak Buah, Gerai Ikan Bakar, Gerai Nasi Ayam dan Gerai Mee.
Hidangan turun-temurun seperti Rendang Tok, Bubur Lambuk dan pelbagai kuih-muih tradisional Kuih Ondeh Ondeh, Kuih Lapis, Kuih Pelita dan Cucur Badak ada!
Bufet: Kampong Festive, Feast Village Gallery
Harga Pakej:
15 Mei – 12 Jun 2018, bermula RM98 (dewasa) dan RM50 (kanak-kanak 12 tahun kebawah)
Untuk tempahan bufet Ramadhan di JW Marriot Kuala Lumpur, hubungi +03 2782 9122.
#3 The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur
Pilihan menu dari Sabah dan Sarawak dan negara Timur Tengah yakni menjadi menu istimewa hotel lima bintang ini. Terdapat juga Laksa Kedah, Asam Pedas Ikan Tenggiri dari Melaka dan Nasi Kerabu Terengganu.
Jikalau anda mahukan menu lengkap warisan Melayu Malaysia, rasa Ritz-Carlton lokasi yang paling sesuai disamping dengan ruangan restoran yang sangat selesa.
Bufet: The Festive Feast Cobalt Room
Harga Pakej:
15 Mei – 12 Jun 2018, bermula RM118 (dewasa) dan RM59 (kanak-kanak 12 tahun kebawah). Nikmati diskaun 10% untuk tempahan berserta bayaran penuh sebelum 30 April 2018.
Untuk tempahan bufet Ramadhan di The Ritz-Carlton Kuala Lumpur, hubungi +03 2782 9122.