Cantiknya!
Kalau biasa gadis sekalian menyelit bunga ditelinga untuk tampil ayu. Kini ada pula satu trend terbaru dengan membiarkan rambut anda menjadi jambangan bunga.
Seorang jurugaya rambut asal Connecticut telah menghasilkan sanggul rambut yang luar biasa cantik, kemas dan sempurna.
Namun menurut Alison Valsamis, sanggul sebegini sangat mustahil untuk melakukan sendiri. Nak tak nak, anda kena salun juga untuk mendapatkan dandanan.
Aturan sanggul yang rambut ditocang tak tumpah seperti kelopak bunga ros.
Bukan tocang biasa-biasa, Alison menggunakan teknik asas fishtails dan Dutch fishtails bagi membentuk kelopak bunga mawar.
Mereka yang mempunyai warna rambut ombre paling sesuai kerana bentuk tocang dan sanggul lebih ketara. Pada bakal pengantin yang berkahwin pada musim bunga rasanya dah boleh lupakan ingin menyelit bunga disanggul. Gaya rambut ini lebih memukau mata para tetamu!
Terdetik dalam hati penulis nampak cantik dan senang untuk dibuat tapi sama sekali tidak.
Haishh.. Agaknya ada tak mana-mana salun di Malaysia mampu buat sanggul seperti ini?