Kasihan pada si bapa dan si anak, hanya kerana nama mereka seringkali diejek dan dijadikan bahan lawak.
Cerita dari negara jiran, seorang lelaki yang bernama Kentut nekad untuk menukar nama asalnya kerana sudah tidak tahan menerima ketawa dari teman dan orang sekeliling. Malah anak perempuan juga turut terkena tempias disekolah gara-gara nama bapa sebegitu.
Lelaki berusia 28 tahun ini telah membuat permohonan untuk menukar nama di Majlis Daerah Tangerang dan mendapat kelulusan dengan menukar nama baharu sebagai Hadi Ihsan.
Hadi merupakan seorang pengajar agama iaitu mengajar membaca Al-Quran dan menjual mee sup ayam. Setelah menukar nama, dia kini hidup tenteram dan penduduk kampung juga tidak lagi mengusiknya.
Dari pendapat bapa saudara Hadi pula, ibu bapa Hadi hanya sesuka hati memilih nama anak dan tidak berfikir secara jauh. Bagi mereka hanya mahu melengkapkan borang pendaftaran dan pilih nama secara rambang.
Kalau di Malaysia, orang kita sekarang suka pilih nama ‘canggih-canggih’.