Kaca mata lazimnya mempunyai lensa lut sinar untuk membolehkan pandangan terlihat jelas namun lain pula dengan rekaan kaca mata hitam oleh jenama fesyen gah dari Itali, Georgio Armani.
Sensasi dengan cetakan floral menyeluruh untuk menyambut mesra musim bunga 2018, koleksi D’Artiste ini menggabungkan kreativiti, elegan asli serta cita rasa moden.
#1Rekaan Lensa Salur Aura Eksentrik
Lain daripada yang lain, ia sesuai untuk para fashionista yang berjiwa ranggi. Boleh dilihat cermin lensa kaca mata istimewa ini dihiasai cetakan kerawang floral sepenuhnya.
Ini bisa menerbitkan lagi feminiti si pemakai, sesuai untuk ke acara santai dan kasual bersahaja.
#2 Bingkai Berpanel Menepati Trend Semasa
Menemani lensa bentuk bulat geometri pada kaca mata ini adalah panel melintang yang terletak pada bahagian atas menutupi bahagian kening si pemakai.
Kewujudan panel logam ini sekaligus mencipta dimensi maskulin yang mempersona.
#3 Ditawarkan Dalam Tiga Warna Mewah!
Terdapat dalam pilihan rona sensasi termasuklah kuning perang, merah samar dan biru. Masing-masing mempunyai rangka bingkai diperbuat daripada logam bersadur perak, emas dan rose gold.
Jangan tanya sama ada korang akan nampak jelas ke tidak bila pakai kaca mata yang memiliki lensa bercorak sebegini kerana ternyata, ia mampu buatkan sesiapa sahaja kelihatan hebat persis ikon-ikon fesyen ternama. Asalkan nampak berkelas, everything shall be okay!