Bersantai di pantai, seksi mengenakan set bikini menjadi pilihan wanita yang berjiwa bebas.
Tapi sayangnya kalau rupa sudah lawa tetapi bahagian punggung pula ada jerawat, sehingga membuatkan orang yang memandang pun rasa geli, tak ke malu…
Untuk mendapatkan punggung bersih dan idaman, ini Wanista bawakan beberapa tips paling mudah.
#1 Jaga punggung anda seperti jaga muka
Cuba bersihkan punggung anda dengan produk yang boleh membersihkan kulit secara mendalam tanpa merengsakan. Setiap kali mandi, please sental setiap celah punggung supaya ianya bersih daripada kekotoran, lagi satu bakteria pun tidak lagi singgah. Seminggu sekali, anda boleh lakukan scrubbing di seluruh badan dan terutama bahagian punggung untuk membantu proses pengelupasan sel kulit mati.
#2 Jangan picit!
Ini tersangatlah penting, walaupun anda terasa sakit bila tiba-tiba datang seketul jerawat, jangan sesekali picit sehingga mengeluarkan nasi. Sentiasa ingat bahawa berbuat demikian hanya akan menjadi lebih teruk, bakteria merebak ke tempat lain.
#3 Pakai seluar dalam yang selesa
Penulis rasa pasti ada dikalangan pembaca Wanista yang masih tidak tahu memilih seluar dalam yang betul, ada yang beli terlalu ketat dari saiz yang sepatutnya, ada pula langsung tidak peduli akan kualiti kain. Peluh dan geseran digabungkan membawa kepada kerengsaan. Cegah ini dengan memakai seluar dalam jenis kain kapas yang sesuai dengan saiz yang betul.
#4 Dapatkan rawatan pakar jika perlu
Mesti ada yang rasa malu bila Wanista cadangkan cara ini. Sekiranya ia benar-benar mengganggu anda, lebih-lebih lagi jerawat dan selulit, jangan malu untuk berunding dengan ahli dermatologi. Sekarang pelbagai rawatan yang ada di pasaran untuk mendapat punggung bersih idaman kalbu.
#5 Elak makanan berminyak
Jika anda miliki jerawat di punggung, Wanista syorkan elak pengambilan makanan yang berminyak dan juga makanan dengan indeks glisemik tinggi seperti gula dan karbohidrat. Cukup pengambilan air dalam tubuh dapat membantu menyingkirkan jerawat.
Jom cantik sama-sama!