Sejujurnya penulis tidak tahu menahu tentang cendawan mekah. Ia cendawan yang berasal dari tanah suci Mekah ke?
Asal usul cendawan mekah sebenarnya masih belum dapat dipastikan. Namun ia dipercayai telah disebarkan ke seluruh ke Eropah Timur seperti German,Tibet dan Tanah Besar China. Selain itu, ada catatan yang mengatakan ia telah diamalkan di Manchuria (200 SM) dan kemudiannya di Jepun, Rusia dan Timur Eropah.
Apa sebenarnya cendawan mekah ini?
Kalau dilihat secara kasar ia berbentuk seperti obor-obor yang hidup didalam balang kaca diisi air. Benihnya dikatakan sangat bernilai dan unik. Ia hanya boleh hidup dalam air yang bergula, kemudian dihuraikan untuk menjadi penyembuh ajaib kepada pelbagai jenis penyakit. Kultur yang seakan-akan cendawan sebenarnya bukan cendawan, bukan alga dan bukan lumut. Kultur ini terhasil daripada simbiosis bakteria dan yis yang dikenali sebagai SCOBY (Symbiotic Culture Of Bacteria and Yeast).
Ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Kombucha Tea, Alga Mekah, Mud-mud dan Ibu Som.
Kandungan cendawan mekah?
Jus cendawan mekah ini merupakan membran jaringan-jamur yang bersifat gelatinoid dan liat, serta berbentuk piringan datar. Hasil dari tapaian dengan air gula terhasil bakteria baik dan membentuk komponen yang boleh merawat dan memperbaiki masalah kesihatan.
Kebaikan cendawan mekah?
Segala kompenan terdapat dalam cendawan mekah baik untuk sistem pencernaan, masalah pembuangan air besar (sembelit), tekanan darah tinggi, penyakit kulit, pesakit buah pinggang dan batu dalam hempedu. Ada juga laporan mengatakan ia dapat mengurangkan berat badan jika diminum setiap hari.
Namun, ia mungkin mampu memberi kesan pada ubatan yang perlu diambil oleh sesetengah pesakit seperti pesakit jantung, diabetes dan darah tinggi yang memerlukan keberkesanan ubatan mereka setiap hari.
Penulis tidak tahu sejauh keberkesanan cendawan mekah ini. Paling penting ikhtiar dan amal gaya hidup yang sihat. Jangan terlalu bergantung dengan perubatan sampingan ya..