Facebook, Instagram, Twitter, Snapchat – yang pasti setiap satu kita ada membuka akaun.
Jumlah pengguna Internet di negara ini menunjukkan peningkatan kepada 25.08 juta pengguna, mewakili 79 peratus penduduk Malaysia. Daripada jumlah berkenaan 75 peratus menggunakan perkhidmatan media sosial dan memperuntukkan purata tiga jam sehari di laman media sosial. Laporan turut mendedahkan jumlah pengguna Internet meningkat sembilan peratus berbanding tahun lalu, menjadikan Malaysia sebagai negara ke-9 dunia paling aktif di laman sosial.
Terfikir tak setiap hari kita layan Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya, adakah ia memberi bahagia daripada kita? Apa yang penulis tahu ketagihan terhadap medium ini boleh membuatkan anda tidak bahagia, kadang kala makan hati melihat kehidupan orang lain.
Status negatif
Kata orang, jika anda bersifat positif, aura positif tersebut akan memberikan impak sama kepada orang lain. Begitu juga sebaliknya. Pos-pos berbaur negatif seperti rungutan sebenarnya akan turut memberi kesan kepada anda.
Dilabel riak
Di laman sosial, kita kerap lihat kenalan dalam friends list kita memuatnaik perkara-perkara menggembirakan seperti gambar perkahwinan, bulan madu, kejayaan, naik pangkat, termasuk juga gambar hadiah yang mereka terima.
Mungkin mereka hanya ingin berkongsi perkara baik tersebut dengan orang lain tetapi terpulang juga kepada penerimaan individu tersebut. Mereka yang cemburu atau barangkali meluat dengan pos tersebut tentunya akan melabel anda sebagai seorang yang riak dan suka menunjuk-nunjuk.
Membandingkan diri dengan orang lain
“Kesempurnaan hidup” yang dipamerkan mungkin akan membuatkan anda mula membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda mungkin juga merasa cemburu dan berpendapat mereka yang selalu memuat naik perkara begini adalah orang yang bertuah tidak seperi diri anda.
Namun sedarkah anda setiap manusia itu ada suka dan duka dalam meniti kehidupan. Seperti anda, individu tersebut juga tentu ada kisah duka dan kesusahan mereka sendiri cuma mungkin tidak dikongsikan di laman sosial. Ada orang mungkin suka berkongsi perkara yang baik-baik sahaja.
Rasa kesunyian dan tidak dihargai
Jika ada jenis yang suka dan mengharapkan perhatian, media sosial juga akan membuatkan anda punya perasaan begini. Boleh jadi kerana status atau gambar anda di Instagram tidak ada yang “Like”. Situasi ini membuatkan anda rasa tidak popular dan digemari seperti rakan anda yang mendapat perhatian sebegitu. Barangkali juga status atau gambar anda tersebut tidak cukup menarik atau penting untuk menerima pujian sebegitu.
Keyakinan diri merudum
Jika anda mengikuti akaun Instagram selebriti atau kenalan yang fotogenik, anda tentu akan faham point kami yang ini. Seperti juga melihat model cantik dalam iklan, melihat gambar mereka yang cantik-cantik belaka ini akan buat anda rasa insecure, cemburu dan lebih mudah dalam erti kata lain, buat anda rasa hodoh.
Keyboard warrior
Bertikam lidah kini tidak terhad lagi di alam realiti. Trend pertama, bergaduh dengan rakan sendiri kerana tidak bersetuju dengan pendapat yang dinyatakan melalui status dan sebagainya. Atau mungkin juga ketika berbalas komen, tapi trend yang lebih kelakar, bergaduh di ruangan komen Instagram selebriti, seperti yang terjadi pada masa kini. Kerana foto, habis semua orang anda maki hamun.
Rasa dihakimi
Lebih ramai rakan atau pengikut anda di laman sosial, maka lebih ramailah bilangan hakim yang akan menghakimi anda dan kehidupan anda melalui apa yang anda pos di laman sosial. Jadi kebebasan anda untuk mengekspresikan diri juga tersekat dan anda juga akan ragu-ragu untuk mengekspresikan diri melalui platform ini. Hebat bukan kuasa laman sosial.
Semoga Bermanfaat!