Lazim sangat kita melihat ibu bapa zaman sekarang gemar mencium bayi atau anak-anak di bibir. Memang tiada salahnya kerana kita ibu dan bapa mereka jadi seharusnya perbuatan itu tidaklah jatuh pada hukum haram (melainkan anak itu sudah dewasa). Malah, kajian di barat pernah mengatakan bahawa mencium bayi di bibir bisa mempercepatkan proses kecekapan lisan mereka namun, sama ada benar atau pun tidak… Wallahu a’lam bish-shawabi.
Berlaku di China, seorang bayi lelaki yang baru genap tiga bulan disahkan terkena jangkitan virus Herpes gara-gara ibunya yang gemar mencium anaknya itu di bibir. Akibatnya, seluruh bahagian tubuh dan wajah bayi itu kini dipenuhi kudis-kudis yang memeritkan.
Menurut sebuah laporan, sebelum bayi itu dirujuk ke Zhejiang Hospital Rakyat Wilayah di Hangzhou, ibunya menhantar anaknya itu ke klinik. Antara simptom yang ditemukan pada bayi itu adalah termasuk demam panas secara tiba-tiba bahkan virus itu telah menjangkiti bayi selama beberapa hari sebelumnya tanpa mendapatkan sebarang rawatan.
“Amat perit melihat kesakitan bayi itu, ” ujar seorang doktor.
Pada awalnya doktor cuma menganggap itu mungkin cuma radang kulit biasa namun setelah mendapatkan sampel, ia disahkan adalah jangkitan Herpes Simplex Virus 1 atau juga dikenali sebagai HSV-1.
Doktor percaya bahawa jangkitan itu berpunca daripada ibunya yang kerap mencium bayi tersebut menerusi sentuhan bibir ke bibir, sekaligus tanpa sedar sebenarnya sudah memindahkan virus kepada bayi malang itu.
Jelas doktor yang merawat, bayi yang terkena jangkitan Herpes adalah berisiko untuk menghidap Septcemia dan kerosakan organ.
Difahamkan, buat masa ini, bayi tersebut masih menjalani rawatan di hospital dan sudahkan dibenarkan pulang.