Baru-baru ini, aktres Korea Selatan, Ham So Won, 42, mencuri tumpuan selepas berkahwin dengan seorang bekas idol China, Jin Hua, yang berusia 24 tahun, bermakna pasangan itu mempunyai jurang usia 18 tahun.
Aktres ini terkenal menerusi filem hit “Sex Is Zero” dan drama TV tahun 2003 “My Big Family”. Manakala Jin Hua dilaporkan memiliki perniagaan pertanian besar di Hanbin, China malah membuka perniagaan atas talian (online clothing store). Dia juga dikenali sebagai selebriti internet popular di China.
Bagaimana pertemuan mereka berdua?
Pasangan ini mendedahkan bahawa Jin Hua jatuh cinta pandang pertama dengan Ham So Won selepas kenalan memperkenalkan mereka satu sama lain. Sebulan selepas berkenalan, bekas idol ini melamar aktres tersebut.
Menerusi sebuah wawancara di SBS ‘”One Night TV Entertainment,” pasangan itu berkongsi bahawa kedua ibu bapanya tidak merestuai perhubungan mereka kerana jurang usia.
“Ayah saya memberitahu saya bahawa dia akan memutuskan hubungan jika percintaan ini diteruskan, tetapi keluarga akhirnya menyesal,” terang Jin Hua.
“Ibu tidak berkata banyak tetapi mahu saya memutuskan perhubungan ini,” seloroh So Won.
Walaupun mendapat tentangan hebat dari keluarga, pasangan itu mendaftar perkahwinan di Korea Selatan dan China pada bulan Februari dan bakal mengadakan perkahwinan pada bulan ini.