Timun.
Kita ketahui ia mempunyai banyak khasiat dan bukan sekadar ulaman biasa, boleh guna dari hujung rambut ke hujung kaki. Nak kurus, kulit bebas jerawat, awet muda, pertumbuhan rambut sihat, rawat masalah gigi dan gusi serta pelbagai lagi boleh guna timun.
Baca: [ Info Berguna ] Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Makan Timun Setiap Hari
Walaubagaimanapun, ada juga beberapa individu yang langsung tidak makan malah benci dengan sayuran hijau ini. Dah kenapa agaknya?
Jessica Jung
“Saya tidak akan makan hidangan yang ada timun,” jelasnya.
Menurut Jessica, dia tidak suka bau dan rasa timun, baunya sahaja buat dia ingin muntah.
Lee Min Jung
Aktres cantik ini menjelaskan dia mempunyai masalah pencernaan ketika makan timun.
EXO Baekhyun
Baekhyun langsung tidak boleh bau timun dan tidak akan menggunakan produk rambut dan badan yang mempunyai bau seakan timun. Parahnya!
Jeon Somi
Gadis kacukan ini bukanlah seorang yang cerewet tetapi mengaku tidak makan timun kerana baunya membuatkan tekak dia loya.
Twice Momo
“Saya tidak mempunyai alergi, cumanya saya memang tak suka timun,” terang Momo.
Sayangnya tak makan. Padahal timun tu banyak sangat manfaat.