Penulis kira, sesiapa pun pernah mengalami masalah jerawat. Jerawat adalah bintik yang hinggap di permukaan kulit disebabkan pori-pori yang tersumbat lalu menjadi bengkak. Hal itu menyebabkan kesakitan sehinggalah ia pecah sebaik nanah, darah dan benda asing yang terkandung dalam bintik jerawat itu tadi matang dan kering.
Bukan Ruam Atau Jerawat
Keadaan itu berbeza dengan bintik-bintik halus yang ini. Ramai menyangka ia adalah ‘anak jerawat’ sebaliknya… bintik-bintik tersebut tidaklah menyakitkan malah, saiznya tidak membesar. Warna bintiknya juga bergantung -adakalanya keputihan atau kekuningan.
Inilah yang dipanggil “Milia Seed” atau turut dikenali sebagai “Oil Seed”.
Apabila disentuh, di dalamnya seolah-olah mengandungi sesuatu kerana dipenuhi sisa keratin. Untuk pengetahuan semua, “Milia Seed” tidaklah berbahaya sekaligus bisa dihilangkan dan dipulihkan dari masa ke masa.
Sebab Terjadinya “Milia Seed”
Punca utama kemunculan “Milia Seed” yang lazimnya tumbuh di sekitar permukaan kulit pada kawasan mata dan alat sulit adalah tidak diketahui ramai akan tetapi, ia muncul disebabkan kalenjar peluh tidak berfungsi secara konsisten -disebabkan penggunaan kosmetik dan produk penjagaan kulit yang keterlaluan sehingga menyebabkan kerosakan pada kelenjar peluh lalu, terhasillah “Milia Seed”. Kadang-kala genetik juga boleh mendorong kemunculannya.
Cara Menghapuskan “Milia Seed”
Meskipun “Milia Seed” tidak menyakitkan, kebanyakkan orang yang memiliki kondisi ini tetap mahu menghilangkannya demi memperbaiki keterampilan wajah.
#Hapuskan Dengan Retinol
Boleh dibeli di farmasi, tetapi penggunaan retinol tidak disyorkan bagi mereka yang berkulit sensitif. Sila rujuk dengan pakar kulit terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat. Jangan lupa, sapu retinol pada bahagian siku semalaman sebelum menyapunya pada kulit wajah untuk lihat sama ada anda sensitif atau tidak.
#Pecahkannya
Oleh kerana “Milia Seed” tidak mempunyai mata seperti jerawat atau bisul, anda sendiri perlu memecahkannya dengan jarum halus yang sudah dibersihkan daripada kuman terlebih dahulu demi mengeluarkan isinya.
Sebelum memicit, pastikan tangan sudah dibersihkan dan jangan sesekali guna kuku. Alas tangan dengan tisu atau kain bersih suopya kulit tidak mudah terkoyak atau luka.
#Pengelupasan
Pengelupasan kimia (chemical peeling) ini akan bantu menanggalkan lapisan kulit yang telah rosak secara perlahan dengan pemantauan doktor.
Tonton Video Pengalaman Wanita Ini Buat Pengelupasan Kimia (Chemical Peeling)
Tips Elak “Milia Seed”
- Kurangkan makanan berkolesterol
- Elak pakai mekap tebal
- Makan suplemen yang mengandungi biotin atau niacin
- Skrub wajah secara berkala
- Sila mandi dengan kerap
- Gunakan produk wajah yang berasaskan air (bebas sumber minyak)
- Elak kulit terbakar disebabkan matahari dll.
Penulis pun ada “Milia Seed” di beberapa bahagian kulit wajah, tapi penulis biarkan sahaja kerana takut berparut. Cukup-cukuplah dengan parut jerawat yang masih dalam pemulihan. ?
Diharap perkongsian kali ini membantu. Selamat beramal! ❤