Everland adalah sebuah taman tema terbesar di Korea Selatan yang terletak di luar jajaran Seoul. Ia adalah tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara untuk menikmati tarikan seperti Global Fair, Zootopia dan segala macam American Adventure.
Bukan itu sahaja, taman tema ini turut akan membuka peluang kepada pengunjung bagi menyertai festival tulip yang diadakan setiap tahun sepanjang musim bunga.
Sehubungan itu, banyak makana ringan yang terdiri dariapda snek seperti roti impit istimewa ini turut disisip dengan motif tulip!
Terlalu cantik untuk dimakan, ia kini menjadi viral dan ramai yang hadir ke Everland semata-mata untuk membeli dan merasa sendiri hidangan ini sekaligus merakam foto roti impit itu untuk disensasikan di Instagram.
Bermula dari pertengahan Mac lalu hingga penghujung April ini, sebanyak 1.2 juta kuntum tulip yang terdiri daripada pelbagai spesis ditanam mekar untuk kepuasan pengunjung, Ini adalah termasuk spesis, Apeldoorn, Synaeda Blue, Pink Diamond, Aladdin dan Pretty Women.
https://www.instagram.com/p/Bhp1Z6SFllH/?tagged=%ED%8A%A4%EB%A6%BD%ED%95%AB%EB%8F%84%EA%B7%B8
Buat masa ini, tidak diterangkan bagaimana cara pembuatan roti impit ini dilakukan tetapi menurut sumber, campuran tepung yang digunakan untuk membuat roti tersebut adalah menggunakan campuran mirip campuran tepung seperti pembuatan waffle atau pancake. Sama seperti roti impit lain, hotdog/corndog di Everland ini dihiasi motif tulip pada bahagian permukaan roti tersebut yang diwarnakan dengan pewarna makanan.
Nampak macam sedap pula kan?