Sebagai seorang supermodel, Gigi tidak pernah gagal untuk memikat perhatian ramai dengan gaya fesyennya yang tertumpu pada cara pemilihan helaian pakaian serta aksesori yang digayakan.
Seiring mengikut perkembangan trend semasa, kaca mata hitam kini menjadi suatu kemestian bagi semua wanita baik yang bertudung mahupun tidak. Namun, ramai diantaranya tersilap memilih rekaan bingkai yang adakalanya nampak murah serta ketingalan zaman.
Wanista tampilkan tips serta visual untuk berkongsi panduan kaca mata hitam bagaimana yang harus anda miliki musim ini.
#1 Nostalgia Berkelas [Lensa Bersegi]
Pilihan penulis! Biarpun rekaan kaca mata hitam ini ringkas dengan mengetengahkan rekaan bersegi, warna lensa yang natural memainkan peranan untuk menwujudkan aura nostalgia namun masih berkelas dengan adanya kemasan bingkai logam nipis.
#2 Elegan Si Mata Kucing [Cat-Eye]
Mahu kelihatan seperti pelajar cemerlang dan seksi dalam masa yang sama? Pilih bingkai yang memiliki potongan cat eye sebegini. Bagi menyerlahkan elemen elegan, bingkai kaca mata hitam telap sebegini lebih kemas dan cantik untuk pemakaian seharian.
#3 Sfera Retro [Bulat]
Kembali ke zaman hippies! Gigi segak mengagyakan kaca mata berbingkai logam yang diserikan dengan lensa berbentuk bulat penuh.
Tampil dengan cermin bergradien rona perang kecoklatan, sesiapa sahaja yang memakainya pasti kelihatan asyik. Sesuai untuk ke acara-acara santai.
#4 Separa Bulat [Bulan Sabit]
Bentuk lensanya unik, rekaan bingkai kaca mata separuh bulat ini kian mendapat perhatian sejak kebelakangan ini. Baik untuk kaca mata hitam mahu pun kaca mata harian, ia mampu merembeskan aura seksi buat si pemakainya.
#5 Kasual Mewah [Bujur]
Besi yang terletak di bahagian tulang hidung pada kaca mata ini sengaja dibuat tinggi sedikit manakala rona-rona retro seperti cermin lensa berwarna kelabu kemerahan sengaja diterap untuk sensasi gadis urban yang bisa buat si pemakai nampak bergaya!
#6 Bucu Eksentrik [Bentuk Almond]
Kaca mata hitam yang memiliki lensa berbentuk almond ini sekali pandang adalah seperti kaca mata cat-eye.
Diinpirasi dari gaya era 90-an, bahagian tangkai bingkainya turut diserikan dengan kepingan palet logam rona emas untuk sisipkan aura tersendiri.
Untuk pengetahuan semua, koleksi yang digayakan Gigi Hadid ini adalah rekaan kolaborasinya bersama Vogue Eyewear untuk musim bunga/panas 2018 ❤ #SHOWYOURVOGUE