Alah..sedihlah nak sambut birthday tapi boyfriend tak ada, kawan-kawan pula sibuk dan keluarga pula ada hal masing-masing.
Begitulah nasib orang single ini terasa macam kurang kasih sayang pun ada. Oopss! Tak baik cakap macam itu.
Buat anda yang masih lagi sendirian dan akan sendirian pada hari jadi akan datang. Apa kata, lakukan beberapa aktiviti untuk memberi penghormatan pada diri sendiri.
#1 Ambil Hari Cuti
Kalau tarikh lahir anda jatuh pada hari bekerja, ambil sahaja annual leave untuk bebas diri anda dari beban stress. Anggap sahaja tarikh lahir anda seperti cuti umum yang hanya khas untuk diri anda.
#2 Pergi makan sedap-sedap
Spend duit pada makanan yang selama ini anda idamkan. Gantikan kek hari jadi dengan hidangan bufet hotel atau tempahan satu meja di restoran eksklusif.
#3 Teroka tempat baru
Bila dah ambil annual leave, takkan mahu terperap dirumah. Inilah masanya untuk anda explore tempat baharu tanpa perlu bersesak. Tapi biasanya ada juga yang lebih suka melepak tonton Neftlix sahaja. Suka hati anda, ini hari anda!
#4 Manjakan diri
Rasa tidak mahu penatkan diri dengan berjalan kesana-sini. Tempah satu hari penuh ke pusat spa dan kecantikan. Biar berseri-seri sepanjang tempoh umur yang baharu, sekali setahun okaylah. Jangan kedekut sangat.
#5 Check up kesihatan
Bila agaknya kali terakhir anda lakukan pemeriksaan kesihatan? Kalau tak ingat atau tak pernah langsung, apa kata luangkan masa separuh hari dengan melakukan pemeriksaan penuh tubuh badan terutamanya fizikal dan mental.
Selamat Hari Jadi!