Baru sahaja ditayangkan pada 23 April di Amerika Syarikat, filem francais superhero tertinggi didunia ini telah mendapat banyak kritikan positif dari peminat mahupun pengkritik filem.
Jika di Malaysia, hari ini (25 April) merupakan tayangan pertama di seluruh negara dan kebanyakan tiket pawagan sudah sold out sejak sebulan yang lepas! Memang nampak orang Malaysia tidak sabar lagi untuk menonton filem Avengers paling gergasi ini.
Namun ada pula yang ingin merosakkan rasa teruja penonton yang lain dengan menulis spoiler di media sosial. Semalam, tular di Facebook apabila seorang lelaki telah mengeluarkan status dengan menjelaskan jalan cerita dan babak penting filem Avengers.
Lelaki yang dikenali sebagai Dan Aldrich Tolentino menulis diruangan status…
“Saya telah menonton Infinity War dalam pesawat Etihad. Thor akan dapat tukul yang baru, Ironman akan mampu kawal Ultron dan Captain America akan mati tapi Dr. Strange memulihkan dia. Filem yang bagus. Thanos dapat melarikan diri juga.”
Memang spoil!
Walaupun ringkas tapi ia tetap memberi rasa kecewa kepada peminat yang telah lama menantikan. Ada yang ‘nakal’ mula tag nama rakan mereka didalam ruangan komen dan ada juga memberitahu sudah tidak perlu membeli tiket kerana sudah tahu jalan cerita.
Apa pendapat anda tentang spoiler ini? Adakah ia jalan cerita yang sebenar atau lelaki ini hanya sebar cerita auta?