Dulu masa kecil-kecil selalu kena tegah makan kicap, takut kesan dari kicap boleh buat parut lagi hitam. Ketahuilah pembaca Wanista semua, itu hanya mitos semata-mata.
Hari ini Wanista hendak berkongsi cara untuk memulihkan parut jerawat secara dalaman. Jika anda sudah lelah mencuba pelbagai krim atau serum yang dicadangkan mampu untuk memudarkan parut, apakata cuba dari segi pemakanan yang baik.
Iyalah mungkin tidak cukup untuk anda bergantung pada produk semata-mata. Galakkan pertumbuhan sel kulit yang sihat dan baru dengan..
#1 Brokoli
Mengandungi bahan anti-radang dan tinggi vitamin serta mineral. Jadinya ia amat baik untuk mengurangkan pigmentasi pada kulit terutamanya pada kulit yang berparut. Warna parut lebih pudar dan tidak bertompok.
#2 Lemon
Jus lemon boleh diminum sebagai air detok yang melawas penghadaman dan menyingkir toksik. Atas faktor asidik dalam lemon ia juga mampu mengurangkan minyak dan bakteria terkumpul pada kulit. Memudahkan untuk perawatan jerawat dan parut jerawat. Lumur sahaja lemon pada kawasan kulit bermasalah, biarkan selama 10 hingga 15 minit kemudian bilas dengan air suam.
#3 Betik
Bukan sahaja sedap dimakan, betik juga boleh dibuat masker. Vitamin A didalam buah pelawas ini membasmi sel kulit mati dan membuang segala protein yang tidak aktif. Kalau anda buat betik sebagai masker ia boleh dijadikan sebagai masker anti-penuaan. Diyakini menegangkan kulit, mengurangkan kesan parut dan tompok gelap.
#4 Lada Benggala (Kuning)
Rupanya ia ada vitamin C lah! Pengambilan lada benggala warna kuning boleh mengurangkan radang kulit. Paling penting siapa ada parut jerawat jenis ‘kawah’ sangat recommended kerana kolagen pada lada benggala boleh memperbaiki masalah itu.
#5 Bayam
Sayur-sayuran yang tinggi zink seperti bayam sebenarnya sangat cepat memulihkan parut jerawat. Bukan sahaja merawat kulit yang rosak, malah ia juga menghasilkan sel kulit dan kolagen. Bayam juga naik untuk membaiki masalah mata, menguatkan otot dan banyak lagi!
Lepas ini kena sentiasakan amalkan sayuran dan buahan diatas untuk kurangkan bekas-bekas jerawat lama.