Kematian DJ Avicii mengejutkan dunia pada 20 April lalu kerana pergi dalam usia yang sangat muda, 28 tahun. Beliau meninggal dunia di Muscat, Oman dan tidak diketahui punca kematian.
Setelah seminggu menunggu kenyataan dari keluarga, akhirnya mereka mengesahkan Avicii telah meninggalkan nota bunuh diri dengan menulis ‘tidak boleh lakukan lagi dan mahukan ketenangan’.
Kenyataan dari pihak keluarga mendiang juga menulis anak kesayang mereka itu mempunyai jiwa yang lemah, bekerja keras dalam menghasilkan karya yang sempurna sehingga menyebabkan stress melampau.
“Our beloved Tim was a seeker, a fragile artistic soul searching for answers to existential questions. An over-achieving perfectionist who travelled and worked hard at a pace that led to extreme stress.”
Avicii terlalu ingin mencari keseimbangan dalam hidup dan kerana itulah beliau membuat keputusan untuk berhenti mengadakan persembahan dan lakukan apa yang paling beliau suka iaitu muzik.
Diakhir kenyataan tersebut menulis lagi, ‘Tim, kamu akan sentiasa disayangi dan dirindui. Siapa kamu dan muzik kamu akan menjadi memori. Kami sayang kamu, – Keluarga.’
Masalah stress dan tekanan mental yang dihadapi oleh Avicii bukan lagi rahsia apabila beliau berhenti mengadakan persembahan langsung pada 2016. Bayangkan, beliau pernah menjayakan 320 persembahan dalam setahun!
Dah ramai sangat para pemuzik dan artis mengakhiri hidup mereka dengan membunuh diri. Stress dan masalah mental bukan perkara remeh.