Lagi berapa hari sahaja sebelum menjelangnya sambutan Hari Ibu sedunia pada Ahad, tanggal 13 Mei 2018 nanti. Biarpun ramai yang merasakan masih terlalu awal untuk kita berceloteh tentang perancangan kejutan buat si ratu hati, tapi rasanya tak salah kita persiapan semuanya awal-awal… barulah menjadi betul tak?!
Seperti juga sambutan hari jadi, Hari Ibu disambut oleh seluruh masyarakat dunia sebagai simbolik menghargai pergorbanan seorang ibu. Apa rancangan anda?
Di sini, Wanista nak beikan anda idea berkenaan hadiah yang paling bernas untuk diberikan kepada si ibu tercinta! Sudah selalu sangat anda berikanya bunga, jadi apa kata tahun ini anda berikannya aksesori berkilau. Maklumlah, wanita kan gemar benda-benda yang terlihat cantik. Ini lima cadangan Wanista.
#1 Ukiran Nama [Lazenda]
Bersifat sentimental, ibu anda pasti luluh hati jika anda memberikannya sebentuk cincin atau rantai yang diukir dengan pesanan ringkas, perkataan bermakna mahupun nama kamu sendiri. Jenama aksesori buatan Malaysia ini menyediakan khidmat mengukir nama dan kamu bisa sahaja menetapkan rekaan sendiri.
Ditawar pada harga berpatutan, dicelah-celah huruf itu juga boleh diselit dengan beberapa permata berkilau jika mahu!
#2 Kilauan Kristal [Swarovski]
Eksklusif untuk koleksi Hari Ibu 2018, Swarovski mengetengahkan rekaan floral santai musim ini dan ditawarkan dalam kristal gemerlapan Swarovski rona putih jernih dan hitam.
Biarpun rantai ini halus, dengan adanya batu permata penuh pada bahagian loket motif daun four clover itu, ia seraya membangkitkan aura feminiti yang minimal -sesuai untuk para ibu yang elegan dna moden.
#3 Mutiara Hati [Poh Kong]
Comel dan genit, ia cantik untuk dipakai secara kasual mahupun untuk ke acara keramaian sambil rambut disanggul gebu.
Subang bertatahkan mutiara oleh Poh Kong ini begitu sensasi ibarat aksesori kegemaran puteri raja! Jika kamu menganggap ibu kamu itu ratu hati yang tiada tandingannya, elok benar menghadiahkannya dengan sepasang subang mutiara sebegini -simbolik kepada kecantikan serta keutuhan semangat mereka membesarkan kamu selama ini.
#4 Warna-Warni [Jeoel]
Ibu kamu tak suka memakai emas dan berlian? Lari sikit daripada kelaziman dengan aksesori perak bertatah permata berwarna ini. Harga barang kemas di Jeoel ini juga memang mampu milik tau! Rata-ratanya tidak lebih daripada RM300!
#5 Ranggi Cinta [Pandora]
Jika sifat ibumu masih lagi keanak-anakan sekaligus warna kegemarannya adalah merah jambu, koleksi Hari Ibu Pandora memang sempurna untuk melengkapi keperobadian si ratu hati kamu itu! Seleksi manik berkarakter boleh dipilih untuk disesuaikan dengan personaliti ibumu.
Jadi, mulai dari hari ni cuba lihat-lihat gaya aksesori yang gemar digayakannya.
Selamat membeli-belah untuk ibu tersayang! ❤