Bila dapat pertukaran kerja baharu atau ke bahagian yang lain, mula timbul rasa sangsi dengan keupayaan diri. Malah perkara yang paling ditakuti bila tak dapat serasi dengan persekitaran baru seperti rakan kerja baharu, etika bekerja dan macam-macam lagi lah.
Lebih rungsi bila kerja baru ini tak kena pula dengan citarasa dan ilmu yang ada. Kebanyakan dari kita tidak yakin dengan hasil kerja dan menyebabkan timbul perasaan ragu-ragu. Ada juga yang rasa tak boleh buat, baru sahaja seminggu bekerja sudah mahu hantar notis.
Fikir sejenak adakah kerja ini okay atau tidak dengan anda? Cuba periksa dengan perkara dibawah..
#1 Life seimbang
Mungkin kerja baharu ini anda ada free time, maksudnya anda tidak lagi bawa balik kerja ke rumah. Malah anda tak perlu lakukan overtime hampir setiap hari. Sangat penting untuk mempunyai keseimbangan masa dalam kerja dan perkara peribadi. Bila nak cari kerja bukan sahaja lihat pada skop kerja tapi juga fleksibiliti masa yang diberikan oleh syarikat.
#2 Belajar lebih banyak skill baharu
Dalam anda tak sedar rupanya banyak kemahiran anda dapat belajar yang bukan sahaja dalam skop pekerjaan anda. Ada sesetengah orang tidak suka dibebankan dengan tugas luar bidang, orang itu ialah orang yang malas. Percayalah dengan kemahiran dan tugasan tambahan ini mana tahu ia berguna kelak.
#3 Banyak perkara positif
Selesa dengan suasana kerja, rakan-rakan dan bila ditanya tentang kerja, apa yang keluar dari mulut anda semuanya cerita positif. Tiada apa yang perlu anda sembunyi bila disoal tentang kerja kerana bagi anda ia suatu perkara yang disenangi.
#4 Mula rasa ingin jadi lebih ‘besar’
Anda mula nampak jalan jauh dan mempunyai niat untuk menjadi individu yang lebih penting dalam syarikat. Tugasan yang diterima langsung tidak merasa beban tapi dianggap cabaran untuk anda bersedia ke jawatan baru.
Jadi bagaimana, anda mahu teruskan bekerja atau cari yang lain?