Isu gaji dan pekerjaan telah sekian lama menjadi topik bualan hangat lebih-lebih lagi buat mereka yang bergelar fresh graduate, isu gaji ini ibarat tiada kata putus.
Ini kerana dalam pekerjaan, kemahiran dan pengalaman turut diambil kira dalam menentukan bayaran gaji seseorang
Jadi, pernahkah kamu terfikir pekerjaan apakah yang mendapat bayaran tertinggi di Malaysia buat masa ini?
Menurut kajian sebuah portal, iMoney.my, mereka yang bekerja dalam sektor kejuruteraan, teknologi maklumat (IT) dan kesihatan mendapat bayaran paling tinggi manakala Jobstreet pula menyatakan mereka yang bekerja dalam industri perhotelan, makanan (restoran), pendidikan, sektor latihan dan sumber manusia dikatakan mendapat bayaran yang paling rendah.
PERINGKAT KEMASUKAN
1. Sektor kejuruteraan dan pembinaan (RM5,533)
2. Hotel, restoran dan perundingan pengurusan perniagaan (RM5,100)
3. Teknologi maklumat, IT (RM4,600)
EKSEKUTIF RENDAH
1. Perbankan dan kewangan IT (RM6,500)
2. Runcit dan barangan kesihatan (RM5,950)
3. Industri IT dan kimia (RM5,182)
EKSEKUTIF ATASAN
1. Industri sains, oil and gas (RM28,250)
2. Perniagaan kesihatan, kecantikan dan fitness(RM15,167)
3. Perundingan kejuruteraan (RM11,333)
PERINGKAT PENGURUSAN
1. Industri oil and gas (RM15,611)
2. Sektor akaun dan barang kemas (RM14,500)
3. Sektor barangan pengguna dan kejuruteraan bergerak pantas (RM14,500)
PENGURUSAN ATASAN
1. Admin dan sumber manusia, industri binaan dan kejuruteraan (RM35,000)
2. Khidmat penjagaan kesihatan (RM27,500)
3. Industri semikonduktor (RM27,500)
Portal iMoney melaporkan jawatan paling rendah dalam industri tertentu menawarkan gaji yang lebih tinggi berbanding pekerjaan di peringkat pengurusan.
Sebagai contoh, gaji seorang senior executivedalam industri oil and gas lebih tinggi daripada gaji pengurus di beberapa industri lain. Laporan juga menunjukkan gaji purata bulanan di Malaysia adalah RM5,000, dan paling maksimum adalah RM83,333.
Jadi, adik-adik di luar tu dah buat keputsan mahu mengambil jurusan apa nanti? Yang penting, perlulah stabil dari segi kemahiran dan akademik. Akademik sahaja tidak cukup untuk melayakkan kamu mendapatlan jawatan-jawatan di atas itu tadi.
Selamat beramal! ?