Deodorant dipakai pada badan untuk mencegah penularan bau badan hasil perpeluhan yang datang dari bakteria di ketiak, kaki dan bahagian badan yang lain.
Bila ketiak berbau, kita straight away akan sapu dan sembur deodorant. Kadangkala selepas menggunakan deodorant sekerap yang mungkin, masalah ‘bau’ tetap tidak dapat dilenyapkan. Yang pasti deodorant hanyalah penyelesaian sementara untuk menghilangkan bau tersebut.
Beberapa remedi di bawah tersedia untuk menghilangkan bau masam, tengik dan hamis di ketiak. Semuanya mudah didapati!
#1 Lemon
Ciri-ciri asid pada lemon membantu membunuh bau bakteria. Lemon juga dikenali kerana mengubah tahap pH pada kulit.
- Caranya, potong lemon dan gosokkan secara perlahan pada ketiak.
- Ambil sedikit jus lemon, sapukan secara langsung di bawah lengan, ini membantu menghilangkan bau dan ketiak hitam.
- Alternatif lain, tuangkan sedikit jus lemon pada tualan bersih dan gosokkan dengan perlahan di ketiak selepas mandi.
- Tambah beberapa jus lemon dalam secawan air. Gunakannya sebagai semburan semulajadi atau deodoran di bawah tangan anda.
#2 Cuka Epal
Cuka epal dianggap sebagai ubat ajaib. Ia adalah salah satu cara terbaik untuk menggantikan deodorant. Ciri-ciri anti-bakteria menentang pertumbuhan bakteria.
- Tuang cuka epal ke dalam mangkuk, dip bola kapas dan lap di ketiak. Ini akan mengurangkan pH kulit, sekaligus membasmi bau ketiak.
- Selain itu, jadikan sebagai semburan dengan mengisi cuka epal bersama air. Atau bilas ketiak dengan cuka epal semasa mandi.
#3 Bedak Bayi
Haruman ringan dari bedak bayi membantu menghilangkan bau bawah lengan. Sapukan beberapa bedak bayi di bawah ketiak untuk mengurangkan bau masam.
#4 Rose Water
Rose water adalah ubat yang menenangkan untuk menghilangkan bau badan. Sapukan beberapa titik rose water di ketiak, nescaya lepas ini tiada lagi bau masam yang menyesakkan pernafasan.
- Anda juga boleh menambah beberapa titisan rose water atau bunga rose sendiri dalam tub mandian untuk kesegaran yang berpanjangan.
#5 Serbuk Penaik
Serbuk penaik atau baking soda antara ubat yang berkesan untuk menghilangkan bau badan.
- Campurkan satu sudu serbuk pernaik dengan satu sudu jus lemon. Kacau dan sapukan pada ketika. Biarkan seketika dan bilas dengan air bersih.
- Satu lagi cara ialah sediakan pes serbuk penaik dengan menambah sedikit air. Sapukan di bawah ketiak selepas mandi. Untuk mendapatkan aroma yang menyegarkan, tambah sedikit tea tree oil.
#6 Tomato
Jus tomato baik untuk menyingkirkan bau busuk pada badan. Keasidan tomato membunuh bakteria yang menyebabkan bau.
- Ambil ekstrak dari tomato dan sapukan secara langsung di ketiak. Biarkan selama 15 minit. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, amalkan remedi ini selama beberapa minggu dan lihat hasilnya.
#7 Witch Hazel
Witch hazel iaitu sejenis tumbuhan yang mempunyai banyak sifat penyembuhan dan pencegahan bau. Salah satu cara paling mudah untuk menghilangkan bau adalah membersihkan ketiak dengan witch hazel.
#8 Tea Tree Oil
Tea tree oil sangat berkesan terhadap bau masam dan tengik pada ketiak. Sifat antibakterianya menangkis bakteria berbahaya dalam badan.
- Apa yang perlu anda lakukan ialah menambah dua titik tea tree oil ke dalam secawan air. Kacau dan isikan dalam botol semburan selepas mencampurkan keduanya. Gunakannya sebagai deodorant.
- Anda juga boleh aplikasikan tea tree oil secara langsung di ketiak.
Mudahkan? Sekarang anda semua boleh cuba cara ini dan tidak lagi menggunakan deodorant.