Wanista percaya pasti setiap pembaca ada satu helai blazer hitam yang tersimpan rapi didalam almari. Bila nak guna pun tak tahu. Kalau ada acara formal baru dibawa keluar dan dipakai, betul tak?
Excuse me, sekarang dah 2018 dan black blazer kamu pun bukan lagi hanya dipakai untuk acara rasmi.
Dari perkongsian majalah Elle, ada 5 gaya ringkas untuk anda menggayakan blazer hitam. Tak perlu tunggu hari temuduga, acara korporat atau sebagainya. Tiru gaya ini..
#1 Anda boleh pakai blazer hitam dengan t-shirt dan seluar sukan. Senang cerita gantikan kardigan anda dengan blazer hitam untuk tampil lebih stailo.
#2 Bosan dengan seluar slack? Tak salah rasanya tukar selera dengan jeans dan kasut tinggi kegemaran anda. Gaya ini sesuai untuk ke pejabat ataupun bertemu dengan rakan-rakan.
#3 Ada dress tapi lengan pendek? Guna sahaja blazer untuk menutup dan beri aura smart-casual dengan dress manis anda. Kalau biasa pakai dress dengan kasut tumit tinggi, cuba pula dengan sneakers.
#4 Pakai blazer pun anda boleh jadi seksi! Kalau anda gaun mini atau little black dress jadikan blazer anda sebagai padanan untuk aura ranggi.
#5 Last but not least! Ke gim pun anda boleh pakai blazer. Siapa kat legging dan sweatshirts tak sesuai dikenakan, sebenarnya blazer hitam boleh jadi gaya multitasking.
Amacam? Tak sangkakan blazer pun boleh pakai bila-bila dan dengan padanan apa sahaja.