Bau asing yang mencucuk di perpustakaan Royal Melbourne of Technology, Australia pada pukul 3 petang menyebabkan pihak pengurusan terpaksa menutup perpustakaan tersebut dan melaporkan terdapat kebocoran gas kepada pihak berkuasa.
Pihak bomba terus bergegas ke tempat kejadian dan menyiasat ‘bau kimia yang merbahaya’ yang dipercaya tersorok didalam bangunan perpustakaan.
Hampir 500 pelajar dan pensyarah yang ketakutan dikerah keluar dari kawasan kejadian.
Setelah pencarian teliti, pihak bomba akhirnya mengesan bau tersebut bukan dari gas beracun tapi dari buah durian yang telah membusuk. Rupanya durian rosak itu ditinggalkan didalam sebuah almari dan menyebabkan bau yang sangat kuat melalui penghawa dingin.
Punya kecoh ingat gas beracun rupanya gas dari durian. Kalau di Malaysia kita dah biasa tapi bila jadi dekat luar negara terutamanya negara ‘mat salleh’ sampai panggil bomba. Kelakar pula..