Durian bukan buah yang asing lagi dengan rakyat Malaysia. Selain dimakan begitu, ia juga boleh dijadikan pelbagai juadah seperti tempoyak, pengat durian, gulai ikan patin tempoyak, durian crepe dan banyak lagi.
Tapi lain pula dengan jenama kecantikan dari Elianto yang memperkenalkan rangkaian koleksi mekap dari buah durian!
Koleksi Durian Musang King ini telah dipasarkan sejak 20 April lagi di butik kecantikan Elianto. Buat pengetahuan anda, buah durian mengandungi anti-radang, antioksida, pelembab semulajadi dan bebas gluten yakni baik untuk kulit.
Jadi setiap produk dari Koleksi Durian Musang King bukan sahaja menyerlahkan kecantikan anda dengan solekan malah memperbaiki kulit. Mari kita lihat produk koleksi ini dengan inspirasi warna, kebaikan dan haruman buah durian..
#1 Durian Musang King Lip Care SPF18 – RM39.90
Pelembab bibir dengan bauan durian ini menggunakan kebaikan semulajadi durian serta cocoa butter, minyak zaitun dan vitamin E untuk menghidrasi bibir dari kekeringan. Malah ia melindungi bibir dari sinaran uv dan pancaran matahari dengan SPF 18.
#2 Durian Musang King Lip Colour – RM39.90
Teringin warna bibir bold kuning bak isi durian musang king? Cuba satu-satunya lip colour dari Elianto yang berwarna kuning ia. Sangat berkrim, mudah diaplikasi, hasil matte yang tidak mengeringkan bibir.
#3 Durian Musang King Eyeshadows – RM19.90
Dua pembayang mata dari koleksi ini (Cocoa dan Yellow) menyingkir segala pembentukan minyak pada kelopak mata dan menghasilkan gaya matte sepanjang masa. Warna lembut pembayang mata ini sangat sesuai dipadankan dengan warna bibir terang dari lip colour.
#4 Durian Musang King Highlighter – RM59.90
Warna kuning durian bukan sahaja menyelerakan tapi boleh membangkitkan keceriaan pada wajah. Tampil berseri dengan highlighter kuning durian Musang King! Sapukan pada tulang pipi, bawah kening dan hujung dalam mata untuk ilusi mata galak.
#5 Durio Bloom EDP Fragrance – RM69.90 (40ml)
Tahan sehingga 5 jam! Haruman manis-manis durian diadun dengan bau segar bunga freesia, bergamot dan limau gedang. Malah minyak wangi ini juga menghasilkan bau sensual dari jasmin, oren, bunga mawar dan buah-buahan. Tips untuk si pemakai, sembur haruman ini selepas mandi dan sebelum memakai baju.
Penggemar buah durian sekalian, rasa sudah tiba masanya untuk anda bukan sahaja makan buah durian tapi juga mengumpul koleksi ini.