Jarang rasanya kita mendengar kes kelahiran bayi yang lahir tanpa mata. Biasanya yang kita tahu bayi yang menghadapi masalah mata akan buta atau rabun sejak lahir.
Lain pula yang terjadi dengan pasangan suami isteri dari New Mexico, Amerika Syarikat dianugerahkan seorang bayi lelaki sihat akan tetapi tidak mempunyai mata. Semasa membuat imbasan perut ketika bayi mereka didalam kandungan, doktor telah mendiagnos kemungkinan si kecil ini hanya dapat melihat dengan mata sebelah kanan.
Namun kecewa setelah lahir, Jackson buta dan tidak mempunyai kedua-dua belah mata. Nicole Martinez dan tunang, Kalani Prior menerima ketentuan ini dan berjanji untuk mendidik Jackson sama seperti kanak-kanak lain.
Masalah yang dihadapi oleh Jackson ialah anophtalmia dan microphthalmia. Anophthalmia ialah ketiadaan satu atau dua-dua mata ketika kelahiran, manakala microphthalmia mata tidak membesar atau kecil. Keadaan ini masih lagi tiada jalan rawatan yang boleh membantu Jackson untuk mendapat penglihatan dia semula.
Menurut dari Institut Mata Kebangsaan Amerika Syarikat, si pesakit masih lagi boleh menjalani pembedahan plastik untuk mengadakan pertumbuhan pada soket mata.
Kasihan ya pada Jackson langsung tidak mempunyai mata, kita bersyukurlah dengan apa yang ada.