Musim panas akan datang rasanya dah tak sesuai untuk mengayakan bingkai kaca mata yang sama dan asyik berwarna hitam.
Tahu dengan kehendak peminat fesyen yang kini tergilakan dengan warna-warna terang dari jenama kaca mata terkenal, Polaroid Eyewear mencipta pelbagai rekaan bingkai bersama kombinasi warna. Buat anda yang tercari-cari kaca mata sebegini, mari kita sama-sama korek keistimewaan koleksi dari Polaroid Eyewear.
# Rekaan pelbagai bentuk
Mempunyai tiga pilihan bentuk bujur, segi empat tepat dan cat-eye. Dua daripadanya diperincikan feminin dan satu untuk unisex dengan logo Polaroid pada hujung bingkai. Menariknya lagi, kaca mata ini sangat ringan serta menggunakan warna-warna lutsinar untuk tampil ranggi.
# Efek ‘cantik’ dan perlindungan
Kombinasi warna bukan sahaja pada bingkai tapi kanta dan cermin. Ia mampu beri efek unik sekaligus mengembalikan trend awal 90-an. Mata si pemakai tidak terdedah dengan sinaran UV kerana cermin dari polaroid memberi perlindungan terjamin dan tidak menyebabkan mata berasa letih. Kesemua kaca mata Polaroid Eyewears dikeluarkan dengan cermin UltraSight iaitu baik untuk perlindungan mata, gangguan penglihatan dan meningkatkan kontras.
Dapatkan