Ternyata wang bukan segalanya buat aktres Sharifah Amani.
Kita sedia maklum, untuk melariskan sesuatu produk, sokongan selebriti itu sangat penting kerana mereka merupakan idola anak muda, apa sahaja yang diguna dan diperagakan, pasti akan mendapat sambutan. Tetapi tidak pada aktres kecil molek ini.
Amani baru-baru ini tweet bagaimana dia menolak tawaran bernilai RM1 juta untuk menjadi duta produk kecantikan.
“Pernah skali whitening product nak kasi kita bayaran setuja untuk jadi duta dia. Sedap nya duit tu I thought. Then Mama tegur, ‘Awak tu cerah pasal genes bukan pasal cream. Orang Asia mana ada putih macam Mat Salleh? Product tu ada bleach, bahaya untuk kesihatan.”
Pernah skali a whitening product nak kasi kita bayaran setuja untuk jadi duta dia. “Sedap nya duit tu” 🤑 I thought. Then my Mama tegur “Awak tu cerah pasal genes bukan pasal cream. Orang Asia mana ada puith macam Mat Salleh? Product tu ada bleach, bahaya untuk kesihatan”.
— Sharifah Amani 🇲🇾 (@sharifahamani) April 30, 2018
“Saya tidak akan menjadi duta jika tidak menggunakannya untuk diri saya terlebih dahulu. Mama saya mengajar jika saya memberitahu orang bahawa produk tertentu adalah baik, saya harus memastikan untuk diri saya terlebih dahulu. Itu tanggungjawab kita. Nak yakin orang untuk beli kita kena yakin dahulu,” tweet Amani lagi.
Lantas tweet lantang tersebut hangat diperdebatkan tentang bagaimana sesetengah selebriti hanya akan menyokong produk tanpa meneliti lebih jauh, apatah lagi bila ditawarkan wang ringgit sebegini banyaknya.
Pendirian Amani untuk mengekalkan integritinya mendapat respon positif segelintir individu berpengaruh seperti Yuna dan Dr Amalina Bakri.
@yunamusic replied: “yes!! me too!! exact same offer, exact same discussion with my mom, exact thought. At least.. i know i have a stand… money is nice, but its not everything”
@DrAmalinaBakri: “Thank you @sharifahamani, as you are a celebrity, lots of young girls out there will look up to you as their idol, we need more celebrities to be responsible like you, thank you.”
Memang patut dicontohi pendirian Amani ini, iyelah buat apa kita nak menipu orang kalau kita sendiri sebenarnya langsung tak gunakan produk tersebut.