Sana sini nama Kanye West di media sosial, sebelum ini menghangatkan dunia selepas secara terangan menyokong Presiden Donald Trump.
Mendedahkan di TMZ, Kanye West mengakui ketagihan terhadap ubat opioid selepas menjalani pembedahan liposuction.
Dan kenapa dia menjalani liposuction juga mengejutkan.
Kanye menjelaskan dia menjalani prosedur ‘sedut lemak’ itu kerana tidak mahu dipanggil ‘gemuk’ seperti adik iparnya, Rob Kardashian.
“Saya ketagih dadah. Dan sekarang saya ketagih dengan opioid, mengambilnya dua kali sehari,” terangnya.
Menurut Kanye, “Saya menjalani pembedahan liposuction kerana saya tidak mahu dipanggil gemuk seperti yang anda semua lakukan pada Rob pada hari perkahwinan sehingga membuatkan Rob terbang pulang sebelum saya dan Kim berkahwin.
Ibu Kanye, Donda West meninggal dunia pada tahun 2007 akibat komplikasi selepas mengalami pembedahan plastik termasuk liposuction.
Liposuction, atau hanya lipo, adalah sejenis pembedahan kosmetik yang menghilangkan lemak dari tubuh manusia dalam usaha mengubah bentuknya.