Jenner, Kardashian, Hadid – pilihan fesyen adik-beradik yang sentiasa menjadi pilihan, malah mereka boleh dianggap antara insan yang memulakan sesuatu trend sehingga merebak ke serata dunia.
Dari warna yang sepadan ke pemilihan pakaian, fesyen mereka saling melengkapi satu sama lain, walaupun sekadar di jalanan, gaya mereka from head to toe cukup hebat sekali.
https://www.instagram.com/p/BTnWGdZhZ2Q/?hl=en&taken-by=kyliejenner
Selain nama-nama di atas, siapa lagi adik-beradik yang tidak kurang hebatnya dalam berfesyen? Pilihan Wanista tidak tertumpu yang tempatan sahaja malah yang luar juga, asalkan miliki fashion sense menarik.
Jessica Jung & Krystal Jung
Walaupun gaya mereka berbeza tetapi mereka saling melengkapi dalam cara yang sihat.
Fesyen Jessica lebih ke arah feminin, acapkali memilih skirt dan dress floral manakala Krystal memberi vibe cool, selesa mengenakan jeans dan t-shirt berserta oxford atau loafer.
Karisma Kapoor & Kareena Kapoor
Di Bollywood ada adik-beradik Kapoor. Walaupun keduanya sudah menjadi ibu tetapi mereka masih menitik berat soal kecantikan dan fesyen.
Selain mengenakan pakaian tradisional, adik-beradik cantik ini juga kerap memilih label mewah seperti Gucci, Dolce n Gabbana, Dior serta banyak lagi.
CL & Lee Harin
Bila bicara bab fesyen, CL layak diangkat sebagai ikon fesyen di Korea Selatan. Tidak terikat kepada gaya feminin, CL juga hebat dalam bergaya bak lelaki, bahkan Harin juga mengikuti jejak langkah.
https://www.instagram.com/p/BGhMP81rVPV/?utm_source=ig_embed
Harin sering kali dilihat menemani kakaknya menghadiri pertunjukan fesyen utama di New York, Paris, Milan dan London.
Neelofa & Ameera Khan
Rasanya satu Malaysia kenali adik-beradik ini, mereka bagaikan Kardashian/Jenner.
https://www.instagram.com/p/BgKx6hlF0Vv/?hl=en&taken-by=neelofa
Neelofa dan Ameera Khan atau dikenali sebagai Little Miss Khan, dikira hebat dalam berfesyen, sering mengenakan jenama-jenama mewah malah cara pengayaan juga turut mengikuti trend semasa.
Mary-Kate & Ashley Olsen
Mary-Kate dan Ashley Olsen mulakan karier sejak kecil lagi menerusi sitkom Full House dan menjadi wanita paling kaya dalam industri hiburan.
Mereka kini bergelar pereka pakaian wanita dihormati untuk label sendiri The Row dan Elizabeth and James.
Willow Smith & Jaden Smith
Adik beradik Smith, Jaden dan Willow antara wajah generasi baru yang semakin besar pengaruhnya.
Jaden Smith bebas memilih helaian avant garde yang disarungnya kala menghadiri majlis fesyen, manakala Willow pernah tampil dengan potongan rambut lelaki.
Bukan sahaja cantik, berfesyen juga hebat. Apapun, korang tak perlu nak cemburu, setiap orang dianugerahkan kelebihan masing-masing.
Senyum Selalu!