Timbulnya jerawat di wajah boleh mengurangkan keyakinan seseorang. Tetapi bukan hanya itu, jerawat juga boleh menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan tubuh badan.
Pertumbuhan jerawat bukan sahaja disebabkan oleh pengumpulan sel kulit mati, penyumbatan liang dan kehadiran bakteria di muka. Ada kalanya, pertumbuhan jerawat di bahagian-bahagian tertentu memberi maksud kepada masalah ketidakseimbangan organ dalaman yang selama ini tidak diambil remeh.
Jika anda merasakan jerawat di dagu tidak pernah hilang walaupun sudah menggunakan krim jerawat, ada kemungkinan anda bermasalah dengan perubahan hormon, tekanan bahkan masalah di bahagian usus kecil anda.
Apabila jerawat timbul di kawasan dagu, ia adalah satu tanda ketidakseimbangan hormon, biasanya disebabkan oleh haid. Kadang-kadang, tekanan emosi atau fizikal juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Ini juga disebabkan oleh diet yang lemah dan alahan makanan.
Pulihkan…
Bagi menjaga kulit untuk mengelakkan jerawat pada wajah sama ada dahi, hidung, pipi atau dagu, Pakar Kesihatan John Tsagaris menyarankan paling penting untuk mengambil pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan yang dicadangkan ialah timun, tembikai, cantaloupe, saderi, lobak, beetroot, aloe vera, salad, kentang, betik, pir, raspberi dan beras perang serta semestinya banyakkan minum air.
Baca : Ni La Sebab Kenapa Si Cantik Manis Fazura Hanya Minum Air Panas
Manakala makanan yang harus dielakkan ialah gula, produk tenusu, susu coklat, minuman yang mengandungi kafein dan minuman ringan. Juga kurangkan pengambilan kerang, makanan diproses, makanan ringan dan makanan mengandungi banyak lemak dan minyak.
Jaga pemakanan ye semua!